my LoVe

Wednesday, December 10, 2008

Mendung itu Berlalu jua...







Jam sudah menunjukkan pukul 3.30 petang, cuaca petang itu redup seredup liku liku hidupnya. Mak Siah membiarkan tubuhnya ditiup angin petang yang agak kuat dari biasa, pokok2 bunga ros kesayanganya bergoyang2 dan daun2 kelapa melambai lambai ditiup angin seakan mengamit memori lalu, nampak macam nak hujan desis hatinya.


Hatinya berkata2 sendiri "manalah budak bertuah ni, janji nak balik sampai ke petang tak nampak pulak batang hidungnya".


Mak Siah dah siap masak makanan kegemaran anak perempuan bongsunya Rina, Ikan rebus kerisi dengan serai cili padi dan masak sambal tumis udang petai, masak lemak jantung pisang, goreng ikan masin tenggiri, tentu Rina makan bertambah2 kata hatinya. Tidak lupa juga cucur ikan bilis untuk minum petang.

Rina walaupun tinggal di bandar tidak jauh dari kampungnya tetapi jarang pulang oleh kerana tuntutan masa dan kesibukan bekerja. Mak Siah faham..dialah salah seorang anak tempat Mak Siah bergantung harap selain kakak Rina, Ema. Hanya mereka berdua anak perempuan yang Mak Siah ada, ya..buah hati pengarang jantung Mak Siah. Mak Siah ada 5 orang anak lelaki..tapi biasalah..anak lelaki bila dah berkahwin, manalah nak ingat sangat dengan ibunya..sibuk dgn kerja dan keluarga, biasanya anak perempuan juga tempat bermanja walaupun dah berumah tangga, kata hati Mak Siah.

Di toleh ke kanan dan ke kiri sambil mencari kelibat suami tersayang, "mana pulak perginya orang tua ni". Petang-petang begini biasanya Pak Han akan baring2 di ruang tamu rumah sambil melepaskan lenguh badan selepas pulang dari menoreh getah di kebun pagi tadi, jika tidakpun Pak Han akan ke kebun belakang rumah atau ke kebun pisangnya selang dua kebun dari kawasan rumahnya untuk melihat lihat atau meracun rumput. "Ahh..biarlah ke kebun agaknya" kata Mak Siah sendirian. Di depan rumah kelihatan cucunya Amir, Ayies dan beberapa anak jiran sedang galak bermain guli begitu riang sehingga terlompat lompat. Mak Siah tersenyum sendirian melihat gelagat cucunya.

Fikiran Mak Siah mengimbau kenangan lalu, zaman kanak-kanak yang penuh dengan kenangan manis dan zaman remaja yang penuh dengan ranjau dan liku setelah ayah tercinta pulang ke rahmatullah oleh kerana demam panas, itulah yang diberitahu oleh ibunya. Ayahnya seorang yang sangat pengasih dan penyabar, ayah Mak Siah seorang guru agama dan silat yang sangat dihormati dan disegani di Kampung Setia Ara. Setiap malam ada sahaja orang tua dan muda yang datang mengaji dan belajar silat di laman rumahnya setiap malam. Pada ketika itu ayah Mak siah mengahwini ibunya pada usia12 tahun dan ayah pada ketika itu berusia 20 tahun. Kata ibunya, beliau masih lagi main masak masak semasa ayah mak siah datang utk meminang. Ketika usia ibu mak siah 14 tahun, Mak siah pun dilahirkan dan menurut kata ibunya, sebelum itu ibunya pernah keguguran sebanyak dua kali. "Aahh..orang dulu dulu mana ada yang belajar tinggi tinggi, usia semuda itu dah dikahwinkan" getus Mak siah.

Samsiah, itulah nama yang diberikah oleh Pak Din, anak sulung yang akan dijaga dan dibesarkan dengan ilmu agama dan dunia. Dia tidak akan membiarkan Samsiah hidup seperti anak2 gadis lain, dia mahu anaknya membesar menjadi orang yang berguna dan disegani. Walaupun pada ketika itu negara masih dibawah jajahan British tapi Pak Din bertekad itu bukanlah penghalang utamanya. Keturunannya adalah orang baik2 dan berpengetahuan luas itu kata hatinya.

Setiap pagi Pak Din akan menghantar Samsiah pada ketika itu berusia 6 tahun ke sekolah dengan berbasikal dengan fisikal Samsiah yang kecil dan rendah tidak menjadi masalah pada Pak Din untuk mendukung Samsiah di belakang badannya jika basikal rosak ataupun digunakan oleh isterinya.


Di sekolah Samsiah dikategorikan sebagai pelajar yang cemerlang dan bijak berbanding kawan karibnya Marni, sedikit lembab tetapi baik hati.
Setiap hari Samsiah dan Marni akan pulang dari sekolah bersama2. Jika cuaca panas terik Samsiah dan Marni akan berhenti dan berehat di estet kebun getah di tepi jalan dan bermain air dan mandi manda sebelum meneruskan perjalanan pulang ke rumah tanpa pengetahuan ayahnya.


Sesampai di rumah ayah sudah menunggu untuk bersama2 makan tengahari walaupun kekadang samsiah sampai lewat ke rumah, pada kebiasaanya ayah akan menyuap Samsiah makan dengan alasan tidak mahu Samsiah tercekik tulang ikan atau nanti Samsiah makan tak kenyang kalau ayah tak suap.


Walaupun pada ketika itu Samsiah telah mempunyai seorang adik yang berusia beberapa bulan. Sambil menyuap makanan ke mulut Samsiah, Pak Din akan berpesan "Siah jangan buat apa2 tau, Siah mesti sekolah sampai pandai" itulah pesan ayahnya setiap kali menyuap makanan ke mulut Samsiah.


Begitulah rutin hidup Samsiah sehingga usianya mencapai 8 tahun. Ingatkan panas hingga ke petang rupanya hujan ditengah hari. Ayah Samsiah telah pulang menemui Penciptanya pada usia 24 tahun. Bermulalah kehidupan Samsiah yang penuh liku dan dilitupi mendung tanpa ayah tercinta disisi.

Selepas kehilangan ayah tercinta Samsiah jatuh sakit selama seminggu,mungkin rindukan ayahnya. Samsiah tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah, pada satu malam Samsiah bermimpi bertemu ayahnya di satu pekan. Ayahnya memberikan Samsiah seikat buah rambai sebelum meninggalkan Samsiah dengan menaiki bas ke destinasi yang tidak diketahui oleh Samsiah. Samsiah menangis memanggil ayahnya tetapi langsung tidak dihiraukan. Sehinggalah Samsiah tersedar dari tidur dan menangis seorang diri.

Puas sudah ibu Samsiah mencari ubat tetapi demam Siah tidak juga sembuh. Ibu kebingungan..selang beberapa hari datang seorang kenalan rapat ayah Samsiah, Pak Husain namanya, beliau menasihatkan agar Samsiah diberikan kain berwarna kuning dan kain tersebut hendaklah dijadikan selimut selama mana Samsiah sakit dan Pak Husain membuatkan air penawar buat Samsiah, utk mengembalikan semangat katanya.

Selang beberapa hari selepas itu, demam samsiah beransur pulih, beberapa bulan kemudian ibu mengambil keputusan untuk berpindah ke kampung Setia Baru.. Ibu memberitahu Samsiah, ibu ingin memulakan hidup baru disana..Samsiah sedih tidak terkira ini bermakna dia akan kehilangan sahabat baiknya Marni..Ya, Marni akan ditinggalkan buat selama-lamanya. Dengan kudrat dan usia semuda Samsiah manalah mampu untuk dia berulang alik bertemu Marni yang jauh berpuluh batu dari kampung setia Baru disamping jalan penghubung yang sangat sukar dan dikelilingi estet dan hutan.

Setelah beberapa bulan berpindah rumah baru di Kg. Setia Baru, malam itu Samsiah menangis tersedu sedu, ibu tidak membenarkan Samsiah meneruskan persekolahan. Samsiah sudah habis memujuk ibu dan puas sudah menangis tetapi ibu tetap berkeras, persekolahan Samsiah mesti diberhentikan.

Ibu bukan orang senang, ibu terpaksa bekerja di ladang memetik kopi dan mengambil upah menoreh getah bagi memenuhi tuntutan hidup dan meneruskan kehidupan tiga beranak.
Samsiah terpaksa akur dengan keputusan dan menerimanya dengan rasa sedih dan pilu.
Samsiah sangat suka ke sekolah dia suka belajar dan membaca dia ingin menjadi orang pandai sebagaimana pesan ayahnya. Tentu Marni masih lagi bersekolah, bertuah Marni tidak seperti dirinya..kehidupannya bertukar susah setelah ketiadaan ayah tersayang..ya.. alam persekolahan tak mungkin ku jejak kembali itu kata Samsiah.


Ibu pula berfikiran agak kolot, anak perempuan tempatnya di dapur kalau sekolah tinggi pun ke dapur juga tempatnya. Pada hemat samsiah, ibu bekerja siang dan malam dan hanya untuk mereka tiga beranak bukanlah sesusah mana, tapi ibu sengaja tidak mahu menyambung persekolahannya. Cita2 hanya tinggal cita2..sedih bukan kepalang...ayah.. oh.. ayah!!..Samsiah tersedu sendiri..

Seawal usia 9 tahun Samsiah disuruh menjaga adik bongsunya yang berusia setahun untuk dijaga makan minum dan memandikannya semasa ketiadaan ibu. Samsiah akan membuat bubur nasi untuk adik bongsunya dan memasak nasi serta lauk untuk ibunya sebelum menjelang petang, ini kerana ibu Samsiah akan pulang selepas waktu Zohor disebabkan ladang tmpt ibunya bekerja jauh nun di estet dan hanya dihantar oleh van estet berkenaan selepas waktu Zohor.

Mengemas rumah, melipat baju ,mencari kayu api dan mengangkat air dari perigi untuk keperluan harian adalah rutin harian Samsiah. Dengan fisikal yg kecil dan rendah walaupun sukar, Siah tetap gagahkan juga walaupun kadangkala tubuh rasa tidak termampu utk melakukannya..kasihan Siah..


Ibu pula sejak ketiadaan ayah garangnya mengalahkan ibu tiri tegasnya mirip Hitler kekadang kejamnya boleh kalah mak tiri bawang merah. Kekadang Siah rasa ingin sahaja lari dari rumah dan mengorek kubur ayahnya utk tinggal bersama2 ayah di dalam kubur ,dia sanggup daripada dimarahi dan diseranah ibu setiap masa.
Dia ingin sekali mengikut ayahnya, Siah sudah tidak tertahan lagi.
Jika Siah tertidur kepenatan dan terlewat memasak nasi atau air ibu akan menyumpah seranah bagaikan Siah hamba abdi layaknya bukan anak.
Bila malam menjelang Siah selalu terkenangkan ayah dan akan berkata2 seorang diri seakan ayah masih lagi disisi. Sedih mengenang nasib diri tanpa ayah disisi.

Selang beberapa tahun ibu Siah telah dipinang seseorang. Tanpa banyak bicara ibu terus menerima pinangan Pak Salleh dan terus dinikahkan beberapa bulan selepas itu.

Pada ketika itu Samsiah berusia 12 tahun, berbapakan tiri bukannya lagi senang makin bertambah pula beban yang perlu ditanggung, Pak Salleh seorang yang kuat berkerja dan berhati kering ditambah pula dengan ibunya yang kurang perihatin dan mahal kasih sayang kepada Samsiah.


Setiap hari Samsiah akan memulakan rutin hariannya dengan menyediakan sarapan, berkemas, menyediakan keperluan kegunaan dapur seperti mengangkat air dan mencari kayu api. Dalam usia semuda itu Samsiah dikerah utk menjaga lembu2 ayah tirinya sebanyak 10 ekor, pernah satu ketika Siah membawa lembu2nya meragut rumput jauh di hujung kampung kira kira 5 km dari rumah, tiba2 tidak semena mena kesemua lembu2nya bertempiaran dan hampir2 terpijakkan Siah, nasib baik Siah sempat mengelak kalau tidak mungkin tulang Siah dah patah2 kena pijak dek lembu2nya.


Dalam keadaan kelam kabut itu Siah pun berlari mencari persembunyian di bawah tunggul kayu besar yg telah kering berdekatan tempat lembu2nya, Siah takut mungkin binatang buas lalu, kalau bukan harimau sudah tentulah beruang. Selepas kejadian itu Siah tidak lagi berani membawa lembu2nya jauh ke belukar. Petang jam 6.30ptg barulah Siah mengiring pulang lembu2 ayah tirinya.

Walaupun Siah bekerja seperti buruh namun untuk diberi upah atau dibelikan baju yang cantik2 dan sempurna juga dibelanja makanan yang enak2 jauh sekali. Baju Siah semuanya lusuh2, nakkan baju baru setahun sekali pun belum tentu dapat, Siah tidak pernah merasa hidup seperti kanak2 lain selepas ketiadaan ayah kandungnya..ingin bermain dengan kawan2 pun perlu sembunyi2...hanya lembu2 itulah teman setianya..

Selain mengembala lembu Siah juga akan menoreh getah seawal 1 pagi dengan ibu atau bapa tirinya, pada kebiasaannya jam 5 pagi akan selesai dan mengutip susu getah jam 6.30 pagi dan jika musim buah2an pula Samsiah tidak dibenarkan tidur ditakuti buah rambutan akan dimakan kelawar pada malam hari. Sedangkan ayah tiri dan ibu serta adiknya akan tidur sedap sedap.
Siah sudah lali dengan sikap kering hati ayah tiri dan ibu kandungnya.


Ayah tiri Samsiah selalu juga mengancam untuk memukul Samsiah jika buah rambutan itu dimakan burung atau kelawar, sedangkan Samsiah pun mencuri2 untuk merasa buah rambutan inikan pula kelawar. Samsiah mencari akal bagaimana cara untuk menghalau kelawar2 dari memakan buah rambutan yang sedang naik ranum itu. Siah cuba mengikat tali pada tin kosong yang telah diisi batu dan diikat pada dahan pokok rambutan, jika bunyi kelawar datang Siah akan menarik tali tersebut agar tin yang telah diisi batu itu berbunyi.


Haa..idea Siah berjalan dengan baik, tetapi pernah sekali Siah tertidur oleh kerana kepenatan dan pada paginya didapati banyak kulit buah rambutan bersepah tinggalan kelawar malam tadi, Siah diseranah oleh ayah tirinya. Ibu??..tidak pernah pun membelanya hanya berlalu dengan muka selamba.. selepas itu walau mengantuk macamana sekalipun Siah akan tetap bertahan takut disumpah seranah dan dipukul oleh ayah tirinya.


Selang beberapa tahun ibu mengandung lagi, mengandungkan adik tiri samsiah seorang anak perempuan, ini bermakna bertambahlah tanggungjawab Samsiah dari seorang adik bertambah pula 2 orang, belum lagi ditambah kerja2 rutin hariannya.


Samsiah lihat ibu begitu sayang dan kasihkan adik tirinya, berbanding dirinya. Kekadang Samsiah rasa cemburu dengan sikap ibu, dia selalu dikerah bekerja seawal usia 9 tahun sehinggalah usia mencecah belasan tahun seperti hamba layaknya. kalau cakap tu elok2 tak mengapa juga sejuk sikit hati buat kerja, tapi ibu suka mengherdik dan menyeranah.



Setelah Samsiah meningkat remaja dalam lingkungan usia 15 tahun, Siah boleh dikategorikan sebagai anak gadis yang menarik, bermuka sedikit bulat, berhidung mancung, berbibir mongel, rambut panjang paras bahu sedikit ikal, berkulit kuning langsat dan bertubuh kecil molek serta mempunyai bentuk badan yang menarik. Walaupun Siah tidak pernah mengenal 'make up' tapi Siah tetap menawan dan manis.

Ramai pemuda kampung yang ingin mencuba2 menjadikan Siah teman istimewa bukan Siah tak tahu itu, tapi Siah tidak pernah melayan, Siah tidak minat langsung, menyampah tu adalah. Yelah mana Siah ada masa untuk bersuka ria, pernah sekali Siah meminta izin untuk menghadiri kelas membaca khas utk org dewasa dan mengaji pun tidak dibenarkan ibunya, diseranah oleh ibunya adalah, "apa!!??..engkau nak belajar mengaji??!!tak payah susah2 kau takkan jadi ustazah!!..takkan jadi cikgu!!.. kat dapur jugak kerja kau tu nanti!!dah lupakan saja!..ni hah mana nak buat kerepek ubi, mana nak siapkan barang jualan!!..sudah!!..tak payah pergi..!! "Siah hanya mendiamkan diri dan menangis dalam diam. Begini besar dugaan Tuhan beri padaku..??..Siah terus menangis..ayah..oh ayah..!! lihatlah anakmu...pesan mu tak mungkin tertunai...sejak itu Siah tidak pernah lagi meminta izin utk belajar...sampai hati mu ibu...ayah..oh..ayah!!..Samsiah tersedu..

Pernah sekali semasa ketiadaan ibu di rumah ayah tiri merenung sekujur tubuhnya seperti sekor harimau lapar mahu meratah2 tubuhnya, selepas itu Siah tidak berani lagi masuk ke rumah jika ibu tiada, Siah akan berada diluar menjaga adik kandung dan adik tirinya sehingga ibunya pulang ke rumah walaupun dipanggil berkali2 oleh ayah tirinya utk menyediakan itu, ini dalam rumah. Siah takut...


Walaubagaimanapun Siah tidak pernah menceritakan hal itu kepada ibunya. Siah tahu ibu tentu tidak akan mempercayainya, pasti..!! nanti dia pula dituduh yg bukan2...Siah diamkan..syukurlah bila malam hari Pak Salleh tidak pernah 'mencuba cuba' mengacau Siah..Siah nekad jika Pak Salleh sanggup buat sampai ke tahap itu, akan dihambatnya dengan penyabit yang selalu disimpan dibawah tilam..siaplah kau orang tua desis Siah. Kalau nak mampus cepat cubalah..kata hati Siah.

Tetapi 'senakal2' ayah tirinya dia tetap takut dengan ibu Siah. Oleh sebab itu Pak Salleh tidak berani buat lebih2 dengan Siah. Perangai Pak Salleh ni lain sikit dia suka berjudi, minum arak dan susah nak tengok dia bersembahyang. Siah kekadang tu tak tahu samada ayah tirinya itu orang Islam atau tah apa2 lah...tapi setiap kali Pak Salleh berniaga tak pernah pulang dengan tangan kosong.



Ayah tirinya, bawalah apa2 pun ke pasar pasti laku macam goreng pisang ada orang kata ayah tirinya ada guna pelaris utk melariskan perniagaannya, "aah..Siah tak kisah itu semua bukan masalah dia getus hatinya. Beban yang ada pun tidak tertanggung buat apa menyusahkan kepala fikir hal ayah tirinya yang melampau itu" Siah berkata sendirian.

Biasanya Siahlah yang menjadi mangsa untuk membuat kerepek ubi berdulang2, tak pun mengait rambutan berbakul2..bayangkan dengan fisikal yang rendah (4 kaki lebih) semua kerja terpaksa dibuatnya sendiri. Berbalik pada ayah tirinya itu, boleh dikategorikan salah seorang yang terkaya di kampung Setia Baru, manakan tidak dalam zaman belum merdeka dia mampu memiliki sebuah kereta buatan British Morris minor..Walaupun begitu Samsiah tidak pernah merasa hidup bahagia ataupun mewah. Siah dipergunakan oleh ayah tirinya untuk membuat semua kerja2 buruh. Siah sedih, kekadang ada juga rasa ingin melarikan diri oleh kerana tekanan perasaan dan sikap ibu dan ayahtirinya yang punyai hati kering dan tidak bertimbang rasa.

Pagi itu Samsiah meminta izin ibunya untuk tinggal sehari dua di rumah nenek saudara oleh kerana Siah rindu akan kehidupan luar. Ingin sesekali bertemu sepupu2 dan berehat2 seperti anak2 gadis yang lain. Ibu pada mulanya tidak membenarkan tetapi Siah tetap merayu, akhirnya ibu bersetuju, tetapi dengan syarat Siah akan memenuhkan bekas kayu api dan kolah dibelakang rumah untuk kegunaan seminggu . Walaupun permintaan ibu itu susah tetapi bukanlah perkara sukar untuk dipenuhi. Demi memenuhi keinginan hati Siah, Siah sanggup memenuhi syarat2 yang diminta oleh ibunya.



Selang dua hari Samsiah bersiap untuk ke rumah nenek saudaranya yang dipanggil nek Kinah. Nek Kinah ibu saudara sebelah ibunya seorang tukang urut dan dukun bayi yang handal, Siah suka ke sana, banyak petua2 yang diperturunkan dan yang paling Siah suka nek Kinah pandai bercerita. Sebenarnya Siah bukan sahaja ingin duduk barang seminggu di ruman nek Kinah tetapi ingin terus tinggal bersama2 nek kinah. Samsiah sudah tidak tahan dengan tindak tanduk ayah tiri dan sikap kering hati ibunya. Siah bertekad untuk tidak lagi pulang ke rumah ibunya...

Ibu Samsiah kelam kabut pagi itu, Siah yang sepatutnya pulang ke rumah selepas seminggu 'bercuti' di rumah nek kinah tidak muncul-muncul sejak petang semalam. Kalau dekat bolehlah di jemput tang tu jugak..ni hah..jauh berbatu, kereta pulak tak pernah lekang kat rumah. "Kalau sehari tak berniaga rugi aku..!! itu kata Pak Salleh. Hari tu Siah pergi pun menumpang jiran sebelah rumah yang nak ke pekan. Lepas tu Ibu siah tak tahu macammana siah boleh sampai ke rumah nek kinah.."mungkin jalan kaki agaknya" desis ibu samsiah.


Ibu siah berkira kira" mungkin petang nih balik agaknya" katanya sendirian. "Hai bertuah punya budak diberi 1 minggu nak disambungnya sebulan" ibu siah merungut2 sendirian. "nantilah kau kalau balik..siap..!! kau aku kerjakan" getus hatinya. "macamana aku nak buat kerja??..nampak gaya kena mintak tolong lagi kat anak jiran sebelah jaga anak aku esok kalau si siah tak balik hari ni"..hai tak boleh jadi nih..




Selepas seminggu lebih ibu siah ke rumah nek kinah dgn memandu sendirian, itupun selepas bertekak dgn Pak Salleh, "saya pinjam bukan seminggu, barang 3 jam saja tak ruginya awak tuu..!" walaupun tanpa lesen memandu ibu siah tidak peduli. Pada ketika itu wanita yang pandai memandu di kira wanita 'hebat' begitulah persepsi orang dulu2. Ye lah nak naik basikal pun susah inikan pula perempuan memandu kereta sendirian..memang tak pernah dibuat dek orang.

Sampai saja di halaman rumah nek kinah, ibu Siah sudah memanggil2 nama Siah, geram betul hatinya jam masa itu menunjukkan pukul 5.00 ptg. Nek kinah terjenggol di serambi rumah "kalau ye pun bagilah salam, naik dulu..budak tu tengah minum petang" kata nek kinah. "amboi-amboi sedapnya kau makan2, baring2.. nanti kau" getus hati ibu siah.


"Tak de apa mak kinah ni hah si siah tu..janji seminggu ni dah masuk seminggu lebih..susah saya nak buat kerja tak ada orang tolong.." terpaksa ditahan marah oleh kerana mak kinah. "Dia kata nak terus tinggal kat sini" jawab nek kinah. "Apaaaa??!!...mana boleh..sapa nak jaga adik2 dia?..saya kan sibuk tolong Pak Salleh..!! jawab ibu siah. "tak tau lah..kalau siah nak duduk sini sya tak kisah, sya lagi suka. ada orang temankan, sya pun duduk sorang2" jawab nek kinah." Tanpa membuang masa ibu Siah terus naik ke atas rumah nek kinah dan meluru ke dapur mencari Siah. Siah dah masuk ke bilik menyembunyikan diri. Sebenarnya Siah nak lari ke rumah sepupunya di sebelah rumah nek kinah tapi tak sempat, tak perasan pulak ibunya dah sampai depan rumah nek kinah.

Selepas berjam-jam dipujuk Siah tak jugak mahu pulang, ibu siah dah mati akal. Ikutkan hati naknya diheret budak tu masuk dlm kereta, tapi tak terlarat pulak..


Akhirnya ibu siah dapat satu akal, dia tahu Siah sukakan barang kemas "apakata dipujuk budak nih dgn janji belikan satu set barangan kemas..gerenti dia nak..!" desis hatinya.


"Siah baliklah..mak janji mak belikan Siah satu set barang kemas..emas tau bukan mainan.. lepas tu mak belikan siah satu ekor kambing. Nanti dah besar Siah jual dapatlah duitnya, kambing kan mahal.." lama2 termakan jugaklah pujukan ibunya. Lambat2 Siah mengemas pakaian utk dibawa pulang ke rumah. "Mak nak belikan aku barang kemas satu set..emas!!..rugi jugak kalau tak nak, kambing ??..lembu pun aku biasa bela inikan pulak kambing..mmmmm" hati Siah gembira bukan kepalang tapi tidak ditunjukkan depan ibunya.


Rutin harian Siah seperti biasa, jaga adik, bela lembu kambing, mengemas, buat kerepek berdulang2, menoreh getah, mengemas, memasak angkat air, cari kayu api dan macam2 lagilah..beberapa bulan selepas itu, sedang Siah duduk2 menelek2 dan mengusap2 rantai dan gelang emasnya sambil menjaga kambing dan lembunya di belukar jauh di hujung kampung, Siah dua tiga kali mengosok2 matanya.."betul ke nih" desisnya seorang. Pada hemat Siah walaupun sekolah setakat darjah satu, emas tak mungkin luntur warnanya, tapi kenapa emas siah ada sikit warna kehitam-hitaman??.."sah!!. ibu tipu aku.." desisnya.


Sedih memang sedih tapi nak kata apa..kalaulah Siah tau tak mungkin termakan dek pujuk ibunya.

Beberapa bulan selepas itu kambing siah cukup besar utk dijual. Sudah ada yang menempahnya..Siah suka bukan kepalang, dapatlah Siah beli emas betul kali ini!..dibelai2 kambingnya. Walaupun sayang tapi utk apa disimpan "lama2 tua tak ada pulak harganya". Petang tu pembeli datang utk mengambil kambing Siah dapat jual dgn harga 200 ringgit. "Wah..banyaknya duit" Siah kegirangan. Kambing Siah bela memang gemuk "boleh buat baka" kata pak cik yg beli tu..lagi2 kambing betina. Tapi Siah dapat tengok saja duit bertukar tangan dari pembeli ke tangan ayah tirinya. "tak pe nanti tentu ibu bagi duit tu kat aku" itu kata hati Siah.

Selang sehari Siah menunggu tapi ibu terus senyap apa lagi Pak Salleh bapa tirinya. Petang tu Siah nekad utk bertanya duit kambing jualan kelmarin. "Apa??!!..duit jual kambing!!??..nak buat apa??" tanya ibunya balik. "ibu katakan kambing tu Siah punya..kalau dah jual tentulah Siah yg dapat duitnya.." kata Siah menjawab. "tak da, tak da..!!bapak awak dah ambik buat modal berniaga..!!". Berdesing telinga Siah, bagai nak luruh jantung..berminggu2 Siah tak lalu makan, ..emas??!!.hilang impian Siah utk membeli emas..sampai bila pun takkan merasa emas tulin..Siah kecewa lagi.."sampai hatinya ibu..!!" Siah tersedu sendirian. Sampai bila2 Siah takkan lupa apa yg ibu dan Pak Salleh buat..dah lah ditipu barang kemas palsu, kambing yang dibela pun nak dirampas hasilnya..Pak Salleh memang tak patut..ibu??..Siah tersedu lagi..


Begitulah rutin kehidupan Siah sehingga pada suatu hari seorang pemuda kacak, tampan dan dari keluarga berada datang utk meminang Siah. Pada ketika itu usia Siah 17 tahun, walaupun begitu Siah berkeras tidak mahu berkahwin, apa lagi ibu pun memarahi Siah sebagaimana selalu.."anak tak sedar diri, bodoh!..orang datang nak kan dia jual mahal pulak..!! dah terima saja, jangan nak banyak cakap ikut saja cakap orang tua". Siah sebenarnya takut, almaklum orang zaman dahulu bukan macam zaman sekarang belum cukup umur dah menggeletik nak berjantan.

Pak cik Han ketika itu berumur 21 tahun, anak tunggal dari keluarga yang boleh dikatakan berada. Pak cik kepada Pak cik Han juga salah seorang yang terkaya di kampung Setia Baru siapa yang tak kenal Tuan Safar tanah berekar2, dengar kata juga duitnya juga berkepuk2 hanya disimpan didalam kendi bekas air ditandas rumahnya dan bawah tilam. Mak cik Siah walau bagaimanapun tidak sedikit pun punyai rasa bangga malahan dari hari ke se hari dia berasa serba tak kena, bila bakal suami datang utk bertanya khabar mak cik Siah lari menyembunyikan diri, takut pada bakal suami malu dan segan yang teramat sangat. Begitulah anak dara pingitan zaman dahulu, tidak seperti anak2 dara zaman sekarang.

Tidak lama bertunang, mak Siah dan Pak han diijabkabulkan dan kenduri sebelah suami mak Siah dibuat secara besar2an, Mak dan Ayah Pak Han menjemput semua saudara mara dan kaum keluarga baik yang jauh mahu pun yang dekat, orang kampung semua datang bertandang menyaksikan majlis perkahwinan satu2nya anak tunggal Tuan Berahim dan isterinya Puan Shidah. Majlis pun berjalan dengan lancar dan selamat, syukur Alhamdulillah.



Pada pandangan Mak Siah kalau sudah berkahwin dengan anak orang berada tentulah hidupnya mewah dan senang, rupa2nya sebaliknya, banyak sungguh rintangan dan dugaan. Pak Han pada zaman bujangnya seorang yang digilai ramai anak2 dara kampung dan juga kampung2 sekitarnya, walaupun beliau sedikit pemalu tetapi peramah dan senang bergaul dan berkawan. Rupa2nya dalam diam ramai yang irihati dengan perkahwinan dan kebahagiaan yang dimiliki oleh pasangan muda Han dan Siah.

Salah seorang gadis juga sekampung dgn Pak Han menyimpan perasaan dgn Pak Han dalam diam2 gadis itu mula mereka2 dan mengada2kan cerita tentang keburukan mak Siah, lama kelamaan mak mertua Mak siah, Puan syidah termakan jua begitu juga Pak Han. Pada suatu petang Mak Siah dimarahi oleh suaminya atas perkara yg tidak dilakukannya, dia juga disindir dan diperli oleh mak mertua, hati mak siah sedih bukan kepalang tetapi apa yang boleh beliau buat?..hanya menangis dan menahan perasaan. Kalau diikutkan hati mahu rasanya dia lari jauh, jauh dari semua yang ada. Siapa yang tidak kecewa kononnya mak siah dituduh cuba mahu main kayu tiga dgn salah seorang kawan Pak Han?..pada mak siah sedangkan nak berkahwin dulu pun takut inikan pula mahu memikat jantan lain, sakit hati, marah, kecewa bercampur baur. Mak siah teringat arwah ayah..hanya menyeru nama ayah sahaja yang mampu mak siah buat..ayah, ayah..kenapalah hidup siah tak pernah senang?...

Setelah setahun berumah tangga mak siahdan pak Han dikurniakan seorang anak lelaki diberi nama Rahman, itulah penyambung kasih dan cinta juga penghibur dikala duka. Walaupun Pak Han anak orang berada tetapi hasil kebun tidak mencukupi pada ketika itu, mereka punya tanah tetapi hasil tidak lah seberapa. Mak siah terpaksa juga menolong Pak Han memotong getah dan menggiling getah utk dijadikan getah keping. Kiranya pada ketika itu hanya Pak Berahim seorang yg mempunyai mesin getah giling pada ketika itu, tetapi hasilnya masih tidak seberapa tetapi orang kampung masih menganggap Pak Berahim orang berada pada ketika itu.


Satu hari Pak Han meminta izin dari ayahnya Pak Berahim utk keluar dari kampung demi mencari nafkah menambah pendapatan keluarga, Pak Berahim tidak mengizinkan, dgn alasan malu dengan orang kampung. Mana ada anak org berada keluar kampung bersusah payah mencari sesuap nasi, Pak Berahim tidak membenarkan itu berlaku pada anaknya tidak sama sekali. Kalau Han sanggup keluar dari kampung Pak Berahim tidak akan memberikan sesen pun harta pada Pak Han. Pak Han & Mak Siah memendam rasa dan perasaan.


Masa berlalu dan Pak Han serta Mak Siah terpaksa bertahan dgn berkerja kampung sahaja. Pada suatu hari Pak Berahim dan Puan Syidah naik haji ke Mekah, tetapi menurut cerita Puan Syidah belum lagi bersedia utk mengikut suami membuat ibadah haji, beliau benar2 takut utk ke sana, oleh kerana dipaksa suami yang keras hati dan garang, Puan Syidah terpaksa akur tetapi beliau mengalami sedikit gangguan mental menyebabkan cuba untuk terjun dari kapal haji. Menurut cerita Puan Syidah melihat anak angkatnya didalam laut jadi beliau cuba utk terjun dan menyelamatkan anak angkatnya itu. Selepas pulang dari haji Puan Syidah menjadi orang yang murung dan tidak berapa siuman. Ada ketikanya Puan Syidah mengamuk dan menjerit2. Sudah puas berubat cara moden dan tradisional tetapi tidak mendatangkan sebarang hasil. Akhirnya Pak Berahim menyuruh anaknya membuat sebuah rumah jauh sedikit dari pak Berahim kira2 sepelaung dari rumah Pak Berahim. Itupun atas nasihat org2 yang dengki dan irihati, kononnya Puan Syidah gila sebab duduk serumah dgn Mak siah.


Selang beberapa tahun selepas mendapat anak yg ke 2 (Ema) ayah pak Han, Pak Berahim pulang ke rahmatullah dalam usia menginjak 62 tahun oleh kerana sakit jantung. Selepas ketiadaan Pak Berahim, Pak Han tanpa membuang masa mencari kerja di luar demi memenuhi kehendak bilangan ahli keluarga yg semakin bertambah, daripada seorang pekerja estet beliau menjadi pekerja buruh binaan di bandar SA dan seterusnya memohon kerja sebagai pekerja kilang di bangunan yang beliau bina. Ada ketika Pak Han tidak pulang ke rumah berminggu2 kerana tiada pengangkutan, beliau hanya menumpang jika ingin pulang ke kampung. Pada ketika itu perkhidmatan bas ke kampung memang tiada. Berkat menabung dan berjimat Pak Han akhirnya mampu membeli sebuah motorsikal 2nd hand, dengan motorsikal tersebut bolehlah Pak Han berulang alik dari kampung ke tempat kerja tanpa bertunggu-tangga di kilang tempat pak Han bekerja. Walaupun amat perit jika berlaku kerosakan pada motorsikalnya ataupun hujan lebat. Pak Han melaluinya dengan sabar dan tawakkal demi tuntutan dan kelangsungan hidup keluarga tercinta. Selang beberapa tahun berkat kesungguhan dan tekun serta rajin beliau dinaikkan pangkat dari seorang operator pengeluaran kepada Line Leader seterusnya kepada Penyelia kilang, begitulah seterusnya sehingga hampir 20 tahun berkhidmat dan menamatkan perkhidmatan beliau pada usia 54 tahun oleh kerana faktor kesihatan. Walaupun hidup sederhana tetapi berkat berjimat dan doa isteri tercinta Pak Han mampu membina sebuah rumah kedai, rumah batu yang sempurna dan menyempurnakan haji juga menaikkan haji arwah bapa mertua dari wang hasil kerja di kilang tersebut.


Berbalik pada cerita Puan Syidah, walaupun pada ketika itu sudah tinggal berasingan, Puan Syidah selalu juga datang dan 'mengacau' mak Siah di rumah semasa ketiadaan pak Han. Puan Syidah suka datang dan menjolok2kan parang dicelah2 papan lantai rumah mak siah, manusia manalah yang tak takut kalau selalu sangat diancam dan dikacau serta diacu-acu parang atau pisau. Demi meringankan beban suami tercinta Mak siah menoreh getah di kebun getah kepunyaan suami tidak jauh dari rumah. Pada suatu hari sedang Mak siah menoreh getah, Puan Syidah datang ke kebun tersebut dan mencari Mak siah, nak diparang katanya. Ketika Mak siah tunduk tekun menoreh getah, Puah Syidah datang dari belakang dgn membawa parang dan cuba menetak Mak siah, Mak siah perasan dan sempat mengelak kalau tidak mungkin mak siah sudah menjadi arwah. Sejak itu Mak Siah takut utk keluar rumah dan selalu dalam ketakutan.
Begitulah ianya berlalu selama bertahun2 dan oleh kerana perasaan yang selalu takut dan diancam Mak siah mendapat sakit lemah jantung, begitulah kata 'singseh' iaitu doktor Cina yg merawat mak siah. Begitulah keadaan mak siah sehingga ke saat ini tidak boleh berasa susah, terperanjat atau sedikit takut, beliau akan merasa lemah seluruh badan selama berminggu2.

Walaupun Puan Syidah dalam keadaan tidak siuman, Pak Han dan Mak Siah tidak pernah melepaskan tanggungjawab sbg anak & menantu, selalu memberi bantuan makanan dan menyekolahkan adik angkat (anak angkat Puan Syidah) sehingga ke darjah 6 dan memberi pendidikan agama yang secukupnya sehinggalah adik angkat Pak Han dapat berdikari dan seterusnya mengahwinkan adik angkatnya dgn jejaka pilihan hatinya.


Poon! poon! "kur semangat! anak perempuan yang ditunggu2 rupanya yg membunyikan hon.."bertuah punya anak" getus mak siah..."dah sampai pun asal lewat sgt?"...lemah semangat emak.." Rina hanya menyeringai, Ema tersenyum sambil berkata" Ina tu memang kepala tengah senget agaknya tekan2 hon pulak". Rina datang dgn kakaknya, Ema sambil menjinjing plastik KFC utk ayah dan emak katanya..ada juga membawa vitamin utk ayah dan tonik emak, "makanan bulanan" mak dan ayah katanya. Mak siah bersyukur anak2 tidak pernah melupakan dirinya dan suami terutamanya 2 orang anak perempuan..tempat 'bermanja' Alhamdulillah dan doa selalu dipanjatkan buat anak2nya agar selalu dirahmati Allah dan dimurahkan rezeki olehNYA..mak siah tersenyum dan berlalu masuk ke dalam rumah dgn diiringi oleh dua orang anak perempuan kesayangannya, akhirnya Mendung itu berlalu jua.....


Kisah diatas didedikasikan buat ibu & ayah tercinta


Tuan Haji Borhan & Puan Hjh Kamsiah semoga kasih Allah senantiasa bersama kalian insan teristimewa. Dari Anak2 mu: Zaman, Imah, Hana, Ani, Jef, Nazri & Reza