my LoVe

Wednesday, January 26, 2011

Semoga Nenda Damai di SaNa...













Nenda tercinta Almarhumah Hjh. Aminah@Sanisah bt. Almarhum Al-Nassum..Al-Fatihah...

Lama sungguh tiada posting di blog ku yang satu ini..walau ingin berkongsi dgn rakan blogger, tentang cerita2 yang menarik, tetapi kekangan masa dan mengurusan kehidupan membuatkan aku menangguh hingga ke waktu yg lebih sesuai...sedang aku membelek-belek isi blog ku...tiba-tiba aku teringatkan kisah yang satu ini..lama sudah ingin ku catatkan sebagai motivasi buat diriku sendiri dan rakan blogger yg dihormati bagi 'mengumpul harta akhirat' sementelah sang Pencipta masih memberi nafas utk kita menghirup udara segar, menikmati terang cahaya mentari, merasa lazat hidangan untuk tenaga adalah satu kewajiban sbg tanda bersyukur kita melakukan sesuatu kebaikan buat diri dan orang2 disekeliling kita bagi meneruskan kehidupan sehingga sampai ketika kita dijemput oleh Pencipta..bahawa kehidupan selepas mati itu, susah atau bahagia, damai atau seksa, mewah atau papa di dunia yang abadi itu..ianya bergantung kepada apa yang telah dan sedang kita lakukan ketika nafas masih di dada dan jantung masih berdegup di dunia ini..

Terasa sebak untuk memulakan catatan...cerita yang akan ku catatkan ini bolehlah dianggap sekadar cerita biasa atau juga boleh diambil sebagai iktibar jika itu kiranya pada hemat rakan blogger..

Semua mimpi2 ini bermula selepas pemergian Nenek ke rahmatullah pada 21.7.2010 kira2 jam 6.18 pm..mengadu sesak nafas dan rebah terus menghembuskan nafas terakhir selepas melakukan solat asar. Nenek dijemput Penciptanya setelah 75 tahun diberi peluang menghirup udara dan menikmati kehidupan dan merasai serta bergelut dgn cubaan dan dugaan hidup...
Dalam mimpi-mimpi kami, kerap didatangi oleh nenek atau nenek seperti bercerita tentang sesuatu yang berkisar mengenai kehidupan nenek di alam sana..

MIMPI 1

Puncanya ibuku terlalu sedih atas kehilangan nenek..apa kami boleh buat..cuba utk menenangkan ibu, menerima dan bersabar atas qada' dan qadar Allah swt..ibu bertanya kepadaku "Ana..macamanalah nenek disana..." aku menjawab "ibu kita doakanlah kesejahteraan nenek..sedekah Al-Fatihah serta Yaasin, sementelah nenek baru je meninggal"..kemudian ibu bertanya lagi "Nenek lepas tak dgn 'ujian juga soalan kubur ya Ana?.." adoyaaiii dalam hati aku sedih yg teramat..tpi buat2 biasa dan selamba. Soalan ibu tidak ku jawab terus....setelah semuanya tenang..aku pun minta diri utk pulang ke rumah..sementelah anak2 smua ada dirumah aku tinggalkan dan perlu meneruskan hidup seperti biasa...dan aku juga tidak memikirkan tentang hal2 nenek di dunia 'baru' nya..hanya Al-Fatihah dan surah Yaasin kerap ku sedekahkan buat nenek tercinta..

Petang hari ke 3 selepas pemergian nenek..selepas zohor aku tertidur oleh kerana kepenatan, selepas menguruskan hal anak2 seawal jam 5 pgi dan biasanya aku punya masa dalam 30 min slps zohor utk berehat dan menguruskan hal2 rumah sementara menunggu asar..aku bermimpi..aku seperti ditempatkan di dalam satu bilik yang bersih, tenang dan sunyi..aku seperti sedang menunggu sesuatu yang paling penting..dlm mimpi ku itu nenek seperti sedang ditempat didalam satu bilik dan aku sedang menunggu nenek..ianya seperti yang terlalu penting dan aku dalam keadaan yang berdebar2 dan gelisah ketika itu..tiba2 datang seorang lelaki membawa sekeping kertas putih dan menunjukkan kepadaku seperti satu senarai @checklist yang mana hampir kesemua checklist itu mengenai nenek ku..dan aku terus mengambil checklist itu dan....aku menjerit terlalu teruja dan gembira "Nenek dah lepas...Nenek dah lepas..!!!!..." dan aku berlari menuju kepada seseorang utk diberitahu..tetapi aku tak pasti siapa kah orang itu...dan aku terus terbangun dari tidur...aku beristigfar panjang..terus ku sedekahkan Al-Fatihah buat nenek..dan mengambil wudhuk utk solat asar...Ya Allah mimpi apa kah itu??...dlm mimpi ku itu peristiwa yang berlaku itu seperti disatu tmpat yang amat sistematik dan persekitaran yang amat moden...walaupun aku tidak melihat peralatan atau bukti yang menunjukkan ianya moden tetapi perasaan aku ketika itu..memang terlalu berlainan..ianya seperti disatu tempat yang moden dan terurus..

Adakah tempat itu yang dinamakan "pendaftaran, Ujian dan pemilihan@filter" yang wujud selepas kita diambil olehNYA..sebelum kita ditempatkan di tmpat2 khas bergantung kepada perilaku, akhlak, perbuatan dan kebaikan kita didunia???....waulahua'lam...tapi aku tak sabar utk berkongsi mimpi ku itu pada ibuku..ibu hanya menangis mendengar ceritaku itu..ibu kata "Ya nenek dah lepas agaknya"..hanya ibu yang tahu..terlalu simbolik mimpi ku itu utk diterjemahkan..tetapi Allah lebih tahu..kepada siapa dan dgn cara apa sesuatu mimpi itu disampaikan dan boleh difahami bergantung kepada sejauh mana ilmu orang yang diberi mimpi itu untuk menafsirkannya..agar ianya dpt diterjemah dan dihargai serta difahami...

mimpi yang aku alami ianya terlalu singkat pada hemat ku ketika itu (dlm mimpi) tetapi ianya cukup bermakna bagi mereka2 yang memahami..dan mimpi ada ketikanya bukan hanya sekadar mimpi yang biasa2....waulahu'alam...semoga nenda damai dan bahagia di sana..salaam...

MIMPI 2...

Monday, May 11, 2009










Kenangan...adalah sebahagian kehidupan..setiap yang bernyawa pasti mempunyai kenangan tidak kira manis mahupun pahit...coretan ku disini hanyalah sekadar hiburan buat tatapan sendiri, juga sebagai penghibur dikala sunyi dan masa senggang.


Maaf, mungkin tatabahasa dan ayat digunakan tidak semolek para sasterawan, hanya sekadar bahasa biasa2 sahaja..

Buat mereka yang telah hadir mewarnai kehidupanku tidak kira suka mahupun dikala duka, kalian sememangnya telah ditakdirkan olehNYA untuk mewarnainya..sebagai sebahagian kehidupan dan kenanganku..maaf dipinta jika aku pernah menyakiti hati dan menyinggung perasaan kalian..kerana aku hanya insan kerdil, cuba untuk menjadi yang terbaik walaupun kadangkala aku alpa..ku doakan kalian selalu dalam kebahagiaan dan mendapat kasih dan rahmatNYA..Salam sayang dan terima kasih atas segalanya....

Allah swt masih sayangkan aku..

Peristiwa 1
Berpantang maut sebelum ajal..itulah kata org tua2..sepanjang hidupku 4 peristiwa ngeri atau hampir maut telah ku alami. Sebenarnya ada lagi beberapa peristiwa lain yg ku alami tetapi ianya ku anggap biasa2 sahaja. Sesungguhnya Allah masih menyayangi dan memberi aku nyawa utk berbuat kebaikan dan berbakti kpd mereka2 yg ku kasihi dan juga insan2 lain...

Aku dilahirkan dipersekitaran kampung yg berbukit bukau, memang payah nak tengok sungai, parit dan perigi..pada ketika itu umur aku sekitar 6 tahun, kiranya jakun pun tak sejakun aku kalau jumpa air..!!

Satu hari kemarau melanda kpg ku, dekat sebulan jugaklah..apalagi kami yg duduk di bukit (bukan org bukit tau..)nih mengagau mencari air. Ada juga catuan air tpi byk mana kami boleh tadah??..dah lah adik2 masih kecil dan ramai gak lah 'penduduk' kat umah tuu..tak cukup air setakat 2 tiga tong utk kegunaan harian. Air catuan kami guna utk minum dan memasak lauk pauk. Kami biasanya akan ke parit atau perigi kepunyaan jiran yg tinggal dibawah bukit nuun..utk mandi dan membasuh kain.

Hari itu Cik Wok Kecik (panggilan manja mak cik sedara aku), membawa abang, kakak dan aku menumpang mandi dan membasuh baju di parit dan perigi rumah Cik Sal, tpi awal2 lagi Cik sal dah warning kami. Perigi utk kegunaan air minuman sahaja dan tidak dibenarkan utk mandi manda atau membasuh kain baju dan hanya parit sahaja dibenarkan utk mandi dan membasuh pakaian.

Biasalah tiap kali ke parit aku memang excited tramat sangat..abang dan kakak aku siap bawa pelampung lagi (sebenarnya tiub motosikal ayahku yg dah di'modified' oleh abang, mmm..lebih jakun dri aku gamaknye).
Sedang abang dan kakak asyik main selam menyelam dlm perigi (ni kes curi2 mandi la nih..kalaulah cik sal tau..sah! kena halau..) aku pulak jalan ke hulu ke hilir kat tepi parit atas kayu yg dijadikan tmpat utk membasuh dan mandi , pas tu sesekali tengok bayang muka kat dalam parit pulak..kiranya macam' mangkuk ajaib' la tuu....cik wok kecik aku dah sound dah..jgn main tepi2 nnti jatuh, aku mcm biasa angguk2 je lah.. penat meniti aku teragak pulak nak ambil air guna baldi kecik yg ada kat situ, konon nak mandi, tapi tah macamnana tiba2 kaki ku tergelincir..ooopppsss..! gedebusss...!!! aku terasa mcm ada benda tarik aku ke dasar parit tu..turn, turun dan turun..blup..blup..blup..lama gak aku rasa kat dlm air tu, sambil tngan ku trkapai2 keatas..tetiba aku terasa spt ada org menarik rambutku dari atas dan terusss.... zuusss.. naik ke atas...diletakkan aku diatas simen tmpat membasuh baju..rupa2nya cik wok kecik aku bagai nak rak cuba menyelamatkan aku...ish ish ish...




Aku rasa mungkin budak kecik kalau mati mmg Allah kurangkan sakitnya, sbb aku tak rasa apa pun ketika itu. Kalau ditakdirkan aku mati lemas pun rasanya aku macam turun dri roller coaster jer, lpas tu terus tidur, bangun2 dah masuk syurga kan???... Apa2 pun Allah jua lebih mengetahui. Aku tak pernah lupa peristiwa nih smpai bila2. Aku masih ingat dgn jelas dan terang walau dah berlalu berpuluh tahun yg lalu. Yang peliknya air tak masuk pun ke paru2 aku...mmg Allah swt nak kasi umurku panjang...

Lepas tu Cik wok kecik marah aku..apa nak kata diam jer la..siap warning lagi jgn gi tau mak. Kalau mak tau habis cik wok kecik kena salai nanti (mak aku mmg garang masa muda tpi ada ketika dia baiiik..) sampai sekarang nih mak tak tau kes maut aku tuu..Terima kasih Cik Wok Kecik..aku terhutang nyawa pada mu...budi baik mu tak dpt ku balas..hanya Allah jua yg membalasnya. Tapi, smpai sekarang nih aku mmg pantang jumpa air..kekadang mak geleng kepala, perangai tak ubah2 dari kecik katanya. mmm..camana mmg dah hantu air..tapi sayang, berenang tak reti...ish ish ish..


Peristiwa 2

Kejadian ini juga berlaku semasa umur ku sekitar 16 tahun. Aku, kakak, acik Rozita dan rakan2 sekolah ku buat trip mandi manda kat air terjun Templer. Aku memang teringin sgt nak mandi, tpi mak dah bagi pesan awal2..mak tak de jgn nak gatal2 mandi katanya. Memang aku tak mandi pun..tetapi aku gatal dok lompat sana, sini atas batu..konon pandai lah tuu..masa aku lompat tu sbnrnya betul2 kat tepi batu air terjun tuu..tah macamana aku tergelincir dan terjatuh ke tebing air terjun yg tinggi tu..

Ya-Tuhanku..!! aku cuba berpaut pada batu, ttpi terlalu licin..aku terlepas!!..aku ingat nyawa aku sampai kat sini jer lah..kalau jatuh bukan saja tulang belakang ku patah2 tpi kepala kalau terhantuk kat batu sure..pecah punya!!..


Tapi tetiba aku rasa ada sorang lelaki tarik tangan aku.mak ooi..!! aku sempat berpaut pd dia dan terus menarik aku ke tepi..Ya Allah..!!aku terselamat lagi...
terkejut, takut, seram sejuk, menggigil, terkedu bercampur baur..kes maut ni pun aku tak cerita pada mak...

Apa2 pun aku tak kenal dan tak ingat rupa 'penyelamat' yg Allah bagi kat aku, dalam keadaan terkejut..jut..jut..dan takut tu..cuma aku sempat berterima kasih saja pada lelaki itu..semoga Allah akan membalas budi tuan. Walau perkara kes maut tu berlaku tapi aku mmg tak serik mandi kat air terjun...mmg kes lupa diri...apa2 pun Alhamdulillah..panjang umurku..



Peristiwa 3

Ayahku berura2 nak membeli rumah kedai atas saranan abang iparku, ayah pun dah nak pencen masa tu, jadi bolehlah berniaga buka kedai runcit. Tpi sayang , penjamin yg ada tak cukup gaji spt yg diminta utk menjadi penjamin. Jadi atas saranan abang ipar, nama aku pun dimasukkan sbg salah seorang penjamin ayah setelah aku disahkan layak oleh pihak bank.



Aku tak kisah pun jdi penjamin keluarga, lebih2 lagi ayah. Aku masih ingat lagi pd hari itu aku ambil 1/2 day cuti sebelah pagi utk urusan hal jual beli rumah kedai ayah. Saya, ayah, adik bongsu ku menaiki kereta proton kepunyaan abang iparku yg juga dipandu olehnya. Ketika itu hujan renyai2, kereta yg dipandu abang iparku bergerak spt biasa menghala ke puncak alam seterusnya menuju ke Kuala Selangor.

Seperti biasa, setiap kali naik kereta aku akan baca Bismillah dan seterusnya membaca doa menaiki kenderaan darat, tpi aku pun tak tau kenapa tiba2 sahaja aku boleh terlupa bacaan tersebut walaupun setiap hari aku mengamalkannya.

Aku cuba mengulangi dan mengingatinya...aku rasa pelik sungguh..!! eh takkan lah lupa pulak kata dalam hati..walau mcmanapun aku cuba mengingati lagi dan lagi..sampai sahaja ke satu selekoh berdekatan dgn felda bukit cerakah menghala ke puncak alam..sebuah lori tiba2 sahaja muncul!!..abang iparku cuba mengelak..ttpi bahu jalan yg tinggi disebelah kiri jalan membuatkan kawalan kereta abang iparku itu tidak stabil dan dgn tak semena2, kereta yang kami naiki menjadi tidak terkawal dan melintas ke kanan jalan berpusing2 dan terbalik beberapa kali di kanan jalan menghala ke atas bukit berdekatan gaung di tepi jalan tersebut.





Ya, Allah aku tak terkata semasa kereta berpusing dan terbalik beberapa kali itu..yang aku nampak semak samun di sekelilingku. Aku ingat mungkin ajalku dah tiba..aku cuba membaca 2 kalimah syahadah..tapi yg trkeluar istighfar lah pulak..aku panik ketika itu..semasa kereta terbalik kali kedua rupa2nya aku tercampak keluar dari cermin belakang kereta dan tercampak ke dalam parit berdekatan gaung. Kereta pula masih dlm kedudukan terbalik slps berpusing buat kali ke 3. Mujur lah tak masuk ke gaung. Ayah ku tersangkut di seat depan, adik bongsuku terbaring di seat belakang dan abang iparku juga masih dlm keadaan terbalik ditmpat duduk (itu cerita yg ayah bgi tau padaku). Setelah bersusah payah cuba melepaskan diri masing2 keluar dari kereta yg terbalik tu, mereka mencari aku pulak..tpi tak jumpa!!. mereka terus mencari dan memanggil namaku.

Keadaan sunyi seketika, aku terdengar abang iparku memanggil2 nama ku.."Ana..!!Ana!!.." selepas itu ayahku pulak..memanggil nama ku..aku ingat mungkin aku dah mati ketika itu sbb aku dah rasa gelap seketika, kebas satu badan..kalau diikutkan keadaan kereta, tentu org akan percaya kalau ada yg meninggal disitu..Aku cuba utk menjawab tpi kerongkong ku spt tersekat, tpi aku cuba utk menjawab..aku hanya menjawab "sini"..rupa2nya kepala ku berada dalam parit dan badan ku berada diatas..mujur parit kering tak ada air..abng ipar dan ayahku cuba utk menarik tangan ku, ttpi aku sempat berkata " jgn tarik..ada yg patah...." mereka berdua menampung badanku dgn berhati2 keluar dari parit tersebut dan cuba membuat aku duduk.

Pada ketika itu jalan lengang satu kenderaan pun tak lalu, selepas menunggu bbrapa ketika, van pekerja ladang (India) berhenti dan menumpangkan kami berempat balik ke rumah. Emak pucat lesi melihat keadaan kami yg compang camping, mak yang menghidap lemah jantung hampir pengsan dan mengalami lemah2 badan berminggu2 selepas itu...pulakkk..!!

Ayah walaupun baru sahaja mengalami kecelakaan, dia tetap kuat utk memandu keretanya dan seterusnya menghantar kami berempat ke Hospital TAR, Klang. Ayah memang betul2 Hero...satu tulang pun tak patah apa lagi urat geramat tak de pulak terkehel mcm aku dan yg lain2...Allah masih memelihara Ayah...Terima kasih pd ane dan achi tuu..

Ya, Allah..selepas seketika barulah terasa sakitnya tmpat tulang2 dlm badan yg telah patah..sakit, nyeri, sengal dan berdenyut2 semua ada kira complete lah...
Syukur ayah tak apa2, ayah memang hero..adik bongsuku patah tulang bahu begitu juga abang iparku. Aku..??, patah tulang bahu kiri , urat leher sebelah kiri terseliuh dan tak boleh menoleh daah..calar kat badan jgn cakap lah...aku diberi cuti 2 bulan utk berubat dan berehat.

Selepas 16 tahun kemalangan kesannya barulah terasa, sebenarnya aku masih tertanya2 kenapa bila berjalan atau mengangkat barang belakang badan dan tulang punggungku sebelah kiri selalu sakit dan sengal yb teramat sangat..pernah satu ketika semasa aku sedang berjalan, tiba2 lututku lemah dan aku tersungkur diatas jalan turap depan office ku..abislah sluar slack ku koyak..baru beli pulak tu. Slps pemeriksaan rapi rupa2nya salah satu tulang belakang ku retak sedikit..dan dan beberapa urat yg tersimpul kesan dari accident dahulu..doktor hanya nasihatkan aku utk tidak terlalu byk berjalan dan mmbuat kerja2 berat..urat dileher yg terkehel juga tidak pulih spt asal, membuatkan aku kekadang pening dan tulang bahuku yg patah juga menjadikan belakang leherku kerap kebas2, ngilu dan rasa sakit bila cuaca sejuk.

tapi aku tak pernah putus asa..setiap bulan selama bertahun2 aku berurut..byk tempat dah aku pergi, byk org dah aku jumpa..tpi sayang masih lagi sakit2 dan badan tidak selasak dulu. Kerap aku paksa diri utk membuat kerja2 rumah atau apa2 sahaja aktiviti, maklumlah aku sebelum ni mmg lasak, tae kwan do dan berkubang kat gym tu kira hidup akulah..angkat weight lagi..badan pun ala2 'body builder' gitu, walaupun aku perempuan. ttpi selepas apa sahaja aktiviti lasak atau buat kerja lebih sikit aku yg akan menderita. Terasa sengal yg teramat spt nak tercabut tulang punggung dan sakit dibahagian belakang badan dan urat geramat disekitar kaki sebelah kiri. Senang cakap badan sebelah kiri ku selalu sakit2 sehingga kini.

Aku akui aku tidak sesihat org lain kini.. kekadang tu ada gak rasa tertekan oleh kerana pergerakkan terbatas.. tetapi.. aku bersyukur, aku tidak cacat dan diberi umur panjang..Alhamdulillah..aku masih larat berjalan walaupun hanya jarak dekat..syukur tak berkerusi roda....Alhamdulillah...


Peristiwa 4









Kejadian seterusnya berlaku kira2 6 tahun yg lalu, ketika itu aku memandu kereta satria ku menuju ke tempat servis kereta di Glenmarie Shah Alam dalam keadaan hujan renyai renyai. Seperti biasa bilamana memandu, aku sentiasa teringat kejadian kemalangan yg pernah menimpa aku beberapa tahun yg lepas. Sakit pun tak pulih2 lagi.. aku selalu beringat...



Aku memandu dgn tenang dan berhati2 sementelah hujan renyai masih belum reda lagi, aku memandu di lebuh raya berhadapan Carlsberg Shah Alam dan mengambil sebelah kiri jalan menghala ke Giant sect 13. Aku terus menuruni bukit seterusnya melepasi trafik light pertama dan akan melepasi trafic ligth ke dua pula..semasa aku sedang menghampiri traffic light ke di lane sebelah kiri tidak semena2 sebuah lori entah dari mana datang masuk ke lane aku (disebelah kiri). e'eeh apa kena lori nih kata ku dlm hati..


Aku cuba mengelak dan membrek ttpi keadaan jalan yg licin membuatkan kereta aku berpusing2 ditengah jalanraya...dlm keadaan separuh panik aku cuba mngawal kereta utk tidak melanggar divider di sebelah kanan jalan dan seterusnya aku mengikut sahaja 'flow' steering kereta ku..syukur tiada kereta atau trak dibelakangku..kalau tidak tentu aku dirempuhnya...Ya Allah...!! aku terbayang kemalangan yg prnah menimpa ku dahulu...akhirnya aku dpt mengawal dan memberhentikan kereta ku dgn selamatnya walaupun arah ku kini membelakangi kereta yg berbaris didepan. Dgn perasaan yg masih bergemuruh dan terkejut (pucat gak lah agaknya)..aku terus dgn perlahan memusingkan kereta dan berlalu melepasi trafik light ke 2 seterusnya menuju ke destinasi seterusnya...mengigil dan gemuruh jgn tanya tapi aku masih dpt mengawal..dalam hati Allah sahaja tau..

Alhamdulillah...syukur, aku mohon agar Allah swt akan senantiasa memelihara dan melindungi ku dari segala kecelakaan selepas ini..Amiiin..

Tapi dalam hidup memang aku sukakan air dan kereta atau motosikal...macamana tuu..

Wednesday, December 10, 2008

Mendung itu Berlalu jua...







Jam sudah menunjukkan pukul 3.30 petang, cuaca petang itu redup seredup liku liku hidupnya. Mak Siah membiarkan tubuhnya ditiup angin petang yang agak kuat dari biasa, pokok2 bunga ros kesayanganya bergoyang2 dan daun2 kelapa melambai lambai ditiup angin seakan mengamit memori lalu, nampak macam nak hujan desis hatinya.


Hatinya berkata2 sendiri "manalah budak bertuah ni, janji nak balik sampai ke petang tak nampak pulak batang hidungnya".


Mak Siah dah siap masak makanan kegemaran anak perempuan bongsunya Rina, Ikan rebus kerisi dengan serai cili padi dan masak sambal tumis udang petai, masak lemak jantung pisang, goreng ikan masin tenggiri, tentu Rina makan bertambah2 kata hatinya. Tidak lupa juga cucur ikan bilis untuk minum petang.

Rina walaupun tinggal di bandar tidak jauh dari kampungnya tetapi jarang pulang oleh kerana tuntutan masa dan kesibukan bekerja. Mak Siah faham..dialah salah seorang anak tempat Mak Siah bergantung harap selain kakak Rina, Ema. Hanya mereka berdua anak perempuan yang Mak Siah ada, ya..buah hati pengarang jantung Mak Siah. Mak Siah ada 5 orang anak lelaki..tapi biasalah..anak lelaki bila dah berkahwin, manalah nak ingat sangat dengan ibunya..sibuk dgn kerja dan keluarga, biasanya anak perempuan juga tempat bermanja walaupun dah berumah tangga, kata hati Mak Siah.

Di toleh ke kanan dan ke kiri sambil mencari kelibat suami tersayang, "mana pulak perginya orang tua ni". Petang-petang begini biasanya Pak Han akan baring2 di ruang tamu rumah sambil melepaskan lenguh badan selepas pulang dari menoreh getah di kebun pagi tadi, jika tidakpun Pak Han akan ke kebun belakang rumah atau ke kebun pisangnya selang dua kebun dari kawasan rumahnya untuk melihat lihat atau meracun rumput. "Ahh..biarlah ke kebun agaknya" kata Mak Siah sendirian. Di depan rumah kelihatan cucunya Amir, Ayies dan beberapa anak jiran sedang galak bermain guli begitu riang sehingga terlompat lompat. Mak Siah tersenyum sendirian melihat gelagat cucunya.

Fikiran Mak Siah mengimbau kenangan lalu, zaman kanak-kanak yang penuh dengan kenangan manis dan zaman remaja yang penuh dengan ranjau dan liku setelah ayah tercinta pulang ke rahmatullah oleh kerana demam panas, itulah yang diberitahu oleh ibunya. Ayahnya seorang yang sangat pengasih dan penyabar, ayah Mak Siah seorang guru agama dan silat yang sangat dihormati dan disegani di Kampung Setia Ara. Setiap malam ada sahaja orang tua dan muda yang datang mengaji dan belajar silat di laman rumahnya setiap malam. Pada ketika itu ayah Mak siah mengahwini ibunya pada usia12 tahun dan ayah pada ketika itu berusia 20 tahun. Kata ibunya, beliau masih lagi main masak masak semasa ayah mak siah datang utk meminang. Ketika usia ibu mak siah 14 tahun, Mak siah pun dilahirkan dan menurut kata ibunya, sebelum itu ibunya pernah keguguran sebanyak dua kali. "Aahh..orang dulu dulu mana ada yang belajar tinggi tinggi, usia semuda itu dah dikahwinkan" getus Mak siah.

Samsiah, itulah nama yang diberikah oleh Pak Din, anak sulung yang akan dijaga dan dibesarkan dengan ilmu agama dan dunia. Dia tidak akan membiarkan Samsiah hidup seperti anak2 gadis lain, dia mahu anaknya membesar menjadi orang yang berguna dan disegani. Walaupun pada ketika itu negara masih dibawah jajahan British tapi Pak Din bertekad itu bukanlah penghalang utamanya. Keturunannya adalah orang baik2 dan berpengetahuan luas itu kata hatinya.

Setiap pagi Pak Din akan menghantar Samsiah pada ketika itu berusia 6 tahun ke sekolah dengan berbasikal dengan fisikal Samsiah yang kecil dan rendah tidak menjadi masalah pada Pak Din untuk mendukung Samsiah di belakang badannya jika basikal rosak ataupun digunakan oleh isterinya.


Di sekolah Samsiah dikategorikan sebagai pelajar yang cemerlang dan bijak berbanding kawan karibnya Marni, sedikit lembab tetapi baik hati.
Setiap hari Samsiah dan Marni akan pulang dari sekolah bersama2. Jika cuaca panas terik Samsiah dan Marni akan berhenti dan berehat di estet kebun getah di tepi jalan dan bermain air dan mandi manda sebelum meneruskan perjalanan pulang ke rumah tanpa pengetahuan ayahnya.


Sesampai di rumah ayah sudah menunggu untuk bersama2 makan tengahari walaupun kekadang samsiah sampai lewat ke rumah, pada kebiasaanya ayah akan menyuap Samsiah makan dengan alasan tidak mahu Samsiah tercekik tulang ikan atau nanti Samsiah makan tak kenyang kalau ayah tak suap.


Walaupun pada ketika itu Samsiah telah mempunyai seorang adik yang berusia beberapa bulan. Sambil menyuap makanan ke mulut Samsiah, Pak Din akan berpesan "Siah jangan buat apa2 tau, Siah mesti sekolah sampai pandai" itulah pesan ayahnya setiap kali menyuap makanan ke mulut Samsiah.


Begitulah rutin hidup Samsiah sehingga usianya mencapai 8 tahun. Ingatkan panas hingga ke petang rupanya hujan ditengah hari. Ayah Samsiah telah pulang menemui Penciptanya pada usia 24 tahun. Bermulalah kehidupan Samsiah yang penuh liku dan dilitupi mendung tanpa ayah tercinta disisi.

Selepas kehilangan ayah tercinta Samsiah jatuh sakit selama seminggu,mungkin rindukan ayahnya. Samsiah tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah, pada satu malam Samsiah bermimpi bertemu ayahnya di satu pekan. Ayahnya memberikan Samsiah seikat buah rambai sebelum meninggalkan Samsiah dengan menaiki bas ke destinasi yang tidak diketahui oleh Samsiah. Samsiah menangis memanggil ayahnya tetapi langsung tidak dihiraukan. Sehinggalah Samsiah tersedar dari tidur dan menangis seorang diri.

Puas sudah ibu Samsiah mencari ubat tetapi demam Siah tidak juga sembuh. Ibu kebingungan..selang beberapa hari datang seorang kenalan rapat ayah Samsiah, Pak Husain namanya, beliau menasihatkan agar Samsiah diberikan kain berwarna kuning dan kain tersebut hendaklah dijadikan selimut selama mana Samsiah sakit dan Pak Husain membuatkan air penawar buat Samsiah, utk mengembalikan semangat katanya.

Selang beberapa hari selepas itu, demam samsiah beransur pulih, beberapa bulan kemudian ibu mengambil keputusan untuk berpindah ke kampung Setia Baru.. Ibu memberitahu Samsiah, ibu ingin memulakan hidup baru disana..Samsiah sedih tidak terkira ini bermakna dia akan kehilangan sahabat baiknya Marni..Ya, Marni akan ditinggalkan buat selama-lamanya. Dengan kudrat dan usia semuda Samsiah manalah mampu untuk dia berulang alik bertemu Marni yang jauh berpuluh batu dari kampung setia Baru disamping jalan penghubung yang sangat sukar dan dikelilingi estet dan hutan.

Setelah beberapa bulan berpindah rumah baru di Kg. Setia Baru, malam itu Samsiah menangis tersedu sedu, ibu tidak membenarkan Samsiah meneruskan persekolahan. Samsiah sudah habis memujuk ibu dan puas sudah menangis tetapi ibu tetap berkeras, persekolahan Samsiah mesti diberhentikan.

Ibu bukan orang senang, ibu terpaksa bekerja di ladang memetik kopi dan mengambil upah menoreh getah bagi memenuhi tuntutan hidup dan meneruskan kehidupan tiga beranak.
Samsiah terpaksa akur dengan keputusan dan menerimanya dengan rasa sedih dan pilu.
Samsiah sangat suka ke sekolah dia suka belajar dan membaca dia ingin menjadi orang pandai sebagaimana pesan ayahnya. Tentu Marni masih lagi bersekolah, bertuah Marni tidak seperti dirinya..kehidupannya bertukar susah setelah ketiadaan ayah tersayang..ya.. alam persekolahan tak mungkin ku jejak kembali itu kata Samsiah.


Ibu pula berfikiran agak kolot, anak perempuan tempatnya di dapur kalau sekolah tinggi pun ke dapur juga tempatnya. Pada hemat samsiah, ibu bekerja siang dan malam dan hanya untuk mereka tiga beranak bukanlah sesusah mana, tapi ibu sengaja tidak mahu menyambung persekolahannya. Cita2 hanya tinggal cita2..sedih bukan kepalang...ayah.. oh.. ayah!!..Samsiah tersedu sendiri..

Seawal usia 9 tahun Samsiah disuruh menjaga adik bongsunya yang berusia setahun untuk dijaga makan minum dan memandikannya semasa ketiadaan ibu. Samsiah akan membuat bubur nasi untuk adik bongsunya dan memasak nasi serta lauk untuk ibunya sebelum menjelang petang, ini kerana ibu Samsiah akan pulang selepas waktu Zohor disebabkan ladang tmpt ibunya bekerja jauh nun di estet dan hanya dihantar oleh van estet berkenaan selepas waktu Zohor.

Mengemas rumah, melipat baju ,mencari kayu api dan mengangkat air dari perigi untuk keperluan harian adalah rutin harian Samsiah. Dengan fisikal yg kecil dan rendah walaupun sukar, Siah tetap gagahkan juga walaupun kadangkala tubuh rasa tidak termampu utk melakukannya..kasihan Siah..


Ibu pula sejak ketiadaan ayah garangnya mengalahkan ibu tiri tegasnya mirip Hitler kekadang kejamnya boleh kalah mak tiri bawang merah. Kekadang Siah rasa ingin sahaja lari dari rumah dan mengorek kubur ayahnya utk tinggal bersama2 ayah di dalam kubur ,dia sanggup daripada dimarahi dan diseranah ibu setiap masa.
Dia ingin sekali mengikut ayahnya, Siah sudah tidak tertahan lagi.
Jika Siah tertidur kepenatan dan terlewat memasak nasi atau air ibu akan menyumpah seranah bagaikan Siah hamba abdi layaknya bukan anak.
Bila malam menjelang Siah selalu terkenangkan ayah dan akan berkata2 seorang diri seakan ayah masih lagi disisi. Sedih mengenang nasib diri tanpa ayah disisi.

Selang beberapa tahun ibu Siah telah dipinang seseorang. Tanpa banyak bicara ibu terus menerima pinangan Pak Salleh dan terus dinikahkan beberapa bulan selepas itu.

Pada ketika itu Samsiah berusia 12 tahun, berbapakan tiri bukannya lagi senang makin bertambah pula beban yang perlu ditanggung, Pak Salleh seorang yang kuat berkerja dan berhati kering ditambah pula dengan ibunya yang kurang perihatin dan mahal kasih sayang kepada Samsiah.


Setiap hari Samsiah akan memulakan rutin hariannya dengan menyediakan sarapan, berkemas, menyediakan keperluan kegunaan dapur seperti mengangkat air dan mencari kayu api. Dalam usia semuda itu Samsiah dikerah utk menjaga lembu2 ayah tirinya sebanyak 10 ekor, pernah satu ketika Siah membawa lembu2nya meragut rumput jauh di hujung kampung kira kira 5 km dari rumah, tiba2 tidak semena mena kesemua lembu2nya bertempiaran dan hampir2 terpijakkan Siah, nasib baik Siah sempat mengelak kalau tidak mungkin tulang Siah dah patah2 kena pijak dek lembu2nya.


Dalam keadaan kelam kabut itu Siah pun berlari mencari persembunyian di bawah tunggul kayu besar yg telah kering berdekatan tempat lembu2nya, Siah takut mungkin binatang buas lalu, kalau bukan harimau sudah tentulah beruang. Selepas kejadian itu Siah tidak lagi berani membawa lembu2nya jauh ke belukar. Petang jam 6.30ptg barulah Siah mengiring pulang lembu2 ayah tirinya.

Walaupun Siah bekerja seperti buruh namun untuk diberi upah atau dibelikan baju yang cantik2 dan sempurna juga dibelanja makanan yang enak2 jauh sekali. Baju Siah semuanya lusuh2, nakkan baju baru setahun sekali pun belum tentu dapat, Siah tidak pernah merasa hidup seperti kanak2 lain selepas ketiadaan ayah kandungnya..ingin bermain dengan kawan2 pun perlu sembunyi2...hanya lembu2 itulah teman setianya..

Selain mengembala lembu Siah juga akan menoreh getah seawal 1 pagi dengan ibu atau bapa tirinya, pada kebiasaannya jam 5 pagi akan selesai dan mengutip susu getah jam 6.30 pagi dan jika musim buah2an pula Samsiah tidak dibenarkan tidur ditakuti buah rambutan akan dimakan kelawar pada malam hari. Sedangkan ayah tiri dan ibu serta adiknya akan tidur sedap sedap.
Siah sudah lali dengan sikap kering hati ayah tiri dan ibu kandungnya.


Ayah tiri Samsiah selalu juga mengancam untuk memukul Samsiah jika buah rambutan itu dimakan burung atau kelawar, sedangkan Samsiah pun mencuri2 untuk merasa buah rambutan inikan pula kelawar. Samsiah mencari akal bagaimana cara untuk menghalau kelawar2 dari memakan buah rambutan yang sedang naik ranum itu. Siah cuba mengikat tali pada tin kosong yang telah diisi batu dan diikat pada dahan pokok rambutan, jika bunyi kelawar datang Siah akan menarik tali tersebut agar tin yang telah diisi batu itu berbunyi.


Haa..idea Siah berjalan dengan baik, tetapi pernah sekali Siah tertidur oleh kerana kepenatan dan pada paginya didapati banyak kulit buah rambutan bersepah tinggalan kelawar malam tadi, Siah diseranah oleh ayah tirinya. Ibu??..tidak pernah pun membelanya hanya berlalu dengan muka selamba.. selepas itu walau mengantuk macamana sekalipun Siah akan tetap bertahan takut disumpah seranah dan dipukul oleh ayah tirinya.


Selang beberapa tahun ibu mengandung lagi, mengandungkan adik tiri samsiah seorang anak perempuan, ini bermakna bertambahlah tanggungjawab Samsiah dari seorang adik bertambah pula 2 orang, belum lagi ditambah kerja2 rutin hariannya.


Samsiah lihat ibu begitu sayang dan kasihkan adik tirinya, berbanding dirinya. Kekadang Samsiah rasa cemburu dengan sikap ibu, dia selalu dikerah bekerja seawal usia 9 tahun sehinggalah usia mencecah belasan tahun seperti hamba layaknya. kalau cakap tu elok2 tak mengapa juga sejuk sikit hati buat kerja, tapi ibu suka mengherdik dan menyeranah.



Setelah Samsiah meningkat remaja dalam lingkungan usia 15 tahun, Siah boleh dikategorikan sebagai anak gadis yang menarik, bermuka sedikit bulat, berhidung mancung, berbibir mongel, rambut panjang paras bahu sedikit ikal, berkulit kuning langsat dan bertubuh kecil molek serta mempunyai bentuk badan yang menarik. Walaupun Siah tidak pernah mengenal 'make up' tapi Siah tetap menawan dan manis.

Ramai pemuda kampung yang ingin mencuba2 menjadikan Siah teman istimewa bukan Siah tak tahu itu, tapi Siah tidak pernah melayan, Siah tidak minat langsung, menyampah tu adalah. Yelah mana Siah ada masa untuk bersuka ria, pernah sekali Siah meminta izin untuk menghadiri kelas membaca khas utk org dewasa dan mengaji pun tidak dibenarkan ibunya, diseranah oleh ibunya adalah, "apa!!??..engkau nak belajar mengaji??!!tak payah susah2 kau takkan jadi ustazah!!..takkan jadi cikgu!!.. kat dapur jugak kerja kau tu nanti!!dah lupakan saja!..ni hah mana nak buat kerepek ubi, mana nak siapkan barang jualan!!..sudah!!..tak payah pergi..!! "Siah hanya mendiamkan diri dan menangis dalam diam. Begini besar dugaan Tuhan beri padaku..??..Siah terus menangis..ayah..oh ayah..!! lihatlah anakmu...pesan mu tak mungkin tertunai...sejak itu Siah tidak pernah lagi meminta izin utk belajar...sampai hati mu ibu...ayah..oh..ayah!!..Samsiah tersedu..

Pernah sekali semasa ketiadaan ibu di rumah ayah tiri merenung sekujur tubuhnya seperti sekor harimau lapar mahu meratah2 tubuhnya, selepas itu Siah tidak berani lagi masuk ke rumah jika ibu tiada, Siah akan berada diluar menjaga adik kandung dan adik tirinya sehingga ibunya pulang ke rumah walaupun dipanggil berkali2 oleh ayah tirinya utk menyediakan itu, ini dalam rumah. Siah takut...


Walaubagaimanapun Siah tidak pernah menceritakan hal itu kepada ibunya. Siah tahu ibu tentu tidak akan mempercayainya, pasti..!! nanti dia pula dituduh yg bukan2...Siah diamkan..syukurlah bila malam hari Pak Salleh tidak pernah 'mencuba cuba' mengacau Siah..Siah nekad jika Pak Salleh sanggup buat sampai ke tahap itu, akan dihambatnya dengan penyabit yang selalu disimpan dibawah tilam..siaplah kau orang tua desis Siah. Kalau nak mampus cepat cubalah..kata hati Siah.

Tetapi 'senakal2' ayah tirinya dia tetap takut dengan ibu Siah. Oleh sebab itu Pak Salleh tidak berani buat lebih2 dengan Siah. Perangai Pak Salleh ni lain sikit dia suka berjudi, minum arak dan susah nak tengok dia bersembahyang. Siah kekadang tu tak tahu samada ayah tirinya itu orang Islam atau tah apa2 lah...tapi setiap kali Pak Salleh berniaga tak pernah pulang dengan tangan kosong.



Ayah tirinya, bawalah apa2 pun ke pasar pasti laku macam goreng pisang ada orang kata ayah tirinya ada guna pelaris utk melariskan perniagaannya, "aah..Siah tak kisah itu semua bukan masalah dia getus hatinya. Beban yang ada pun tidak tertanggung buat apa menyusahkan kepala fikir hal ayah tirinya yang melampau itu" Siah berkata sendirian.

Biasanya Siahlah yang menjadi mangsa untuk membuat kerepek ubi berdulang2, tak pun mengait rambutan berbakul2..bayangkan dengan fisikal yang rendah (4 kaki lebih) semua kerja terpaksa dibuatnya sendiri. Berbalik pada ayah tirinya itu, boleh dikategorikan salah seorang yang terkaya di kampung Setia Baru, manakan tidak dalam zaman belum merdeka dia mampu memiliki sebuah kereta buatan British Morris minor..Walaupun begitu Samsiah tidak pernah merasa hidup bahagia ataupun mewah. Siah dipergunakan oleh ayah tirinya untuk membuat semua kerja2 buruh. Siah sedih, kekadang ada juga rasa ingin melarikan diri oleh kerana tekanan perasaan dan sikap ibu dan ayahtirinya yang punyai hati kering dan tidak bertimbang rasa.

Pagi itu Samsiah meminta izin ibunya untuk tinggal sehari dua di rumah nenek saudara oleh kerana Siah rindu akan kehidupan luar. Ingin sesekali bertemu sepupu2 dan berehat2 seperti anak2 gadis yang lain. Ibu pada mulanya tidak membenarkan tetapi Siah tetap merayu, akhirnya ibu bersetuju, tetapi dengan syarat Siah akan memenuhkan bekas kayu api dan kolah dibelakang rumah untuk kegunaan seminggu . Walaupun permintaan ibu itu susah tetapi bukanlah perkara sukar untuk dipenuhi. Demi memenuhi keinginan hati Siah, Siah sanggup memenuhi syarat2 yang diminta oleh ibunya.



Selang dua hari Samsiah bersiap untuk ke rumah nenek saudaranya yang dipanggil nek Kinah. Nek Kinah ibu saudara sebelah ibunya seorang tukang urut dan dukun bayi yang handal, Siah suka ke sana, banyak petua2 yang diperturunkan dan yang paling Siah suka nek Kinah pandai bercerita. Sebenarnya Siah bukan sahaja ingin duduk barang seminggu di ruman nek Kinah tetapi ingin terus tinggal bersama2 nek kinah. Samsiah sudah tidak tahan dengan tindak tanduk ayah tiri dan sikap kering hati ibunya. Siah bertekad untuk tidak lagi pulang ke rumah ibunya...

Ibu Samsiah kelam kabut pagi itu, Siah yang sepatutnya pulang ke rumah selepas seminggu 'bercuti' di rumah nek kinah tidak muncul-muncul sejak petang semalam. Kalau dekat bolehlah di jemput tang tu jugak..ni hah..jauh berbatu, kereta pulak tak pernah lekang kat rumah. "Kalau sehari tak berniaga rugi aku..!! itu kata Pak Salleh. Hari tu Siah pergi pun menumpang jiran sebelah rumah yang nak ke pekan. Lepas tu Ibu siah tak tahu macammana siah boleh sampai ke rumah nek kinah.."mungkin jalan kaki agaknya" desis ibu samsiah.


Ibu siah berkira kira" mungkin petang nih balik agaknya" katanya sendirian. "Hai bertuah punya budak diberi 1 minggu nak disambungnya sebulan" ibu siah merungut2 sendirian. "nantilah kau kalau balik..siap..!! kau aku kerjakan" getus hatinya. "macamana aku nak buat kerja??..nampak gaya kena mintak tolong lagi kat anak jiran sebelah jaga anak aku esok kalau si siah tak balik hari ni"..hai tak boleh jadi nih..




Selepas seminggu lebih ibu siah ke rumah nek kinah dgn memandu sendirian, itupun selepas bertekak dgn Pak Salleh, "saya pinjam bukan seminggu, barang 3 jam saja tak ruginya awak tuu..!" walaupun tanpa lesen memandu ibu siah tidak peduli. Pada ketika itu wanita yang pandai memandu di kira wanita 'hebat' begitulah persepsi orang dulu2. Ye lah nak naik basikal pun susah inikan pula perempuan memandu kereta sendirian..memang tak pernah dibuat dek orang.

Sampai saja di halaman rumah nek kinah, ibu Siah sudah memanggil2 nama Siah, geram betul hatinya jam masa itu menunjukkan pukul 5.00 ptg. Nek kinah terjenggol di serambi rumah "kalau ye pun bagilah salam, naik dulu..budak tu tengah minum petang" kata nek kinah. "amboi-amboi sedapnya kau makan2, baring2.. nanti kau" getus hati ibu siah.


"Tak de apa mak kinah ni hah si siah tu..janji seminggu ni dah masuk seminggu lebih..susah saya nak buat kerja tak ada orang tolong.." terpaksa ditahan marah oleh kerana mak kinah. "Dia kata nak terus tinggal kat sini" jawab nek kinah. "Apaaaa??!!...mana boleh..sapa nak jaga adik2 dia?..saya kan sibuk tolong Pak Salleh..!! jawab ibu siah. "tak tau lah..kalau siah nak duduk sini sya tak kisah, sya lagi suka. ada orang temankan, sya pun duduk sorang2" jawab nek kinah." Tanpa membuang masa ibu Siah terus naik ke atas rumah nek kinah dan meluru ke dapur mencari Siah. Siah dah masuk ke bilik menyembunyikan diri. Sebenarnya Siah nak lari ke rumah sepupunya di sebelah rumah nek kinah tapi tak sempat, tak perasan pulak ibunya dah sampai depan rumah nek kinah.

Selepas berjam-jam dipujuk Siah tak jugak mahu pulang, ibu siah dah mati akal. Ikutkan hati naknya diheret budak tu masuk dlm kereta, tapi tak terlarat pulak..


Akhirnya ibu siah dapat satu akal, dia tahu Siah sukakan barang kemas "apakata dipujuk budak nih dgn janji belikan satu set barangan kemas..gerenti dia nak..!" desis hatinya.


"Siah baliklah..mak janji mak belikan Siah satu set barang kemas..emas tau bukan mainan.. lepas tu mak belikan siah satu ekor kambing. Nanti dah besar Siah jual dapatlah duitnya, kambing kan mahal.." lama2 termakan jugaklah pujukan ibunya. Lambat2 Siah mengemas pakaian utk dibawa pulang ke rumah. "Mak nak belikan aku barang kemas satu set..emas!!..rugi jugak kalau tak nak, kambing ??..lembu pun aku biasa bela inikan pulak kambing..mmmmm" hati Siah gembira bukan kepalang tapi tidak ditunjukkan depan ibunya.


Rutin harian Siah seperti biasa, jaga adik, bela lembu kambing, mengemas, buat kerepek berdulang2, menoreh getah, mengemas, memasak angkat air, cari kayu api dan macam2 lagilah..beberapa bulan selepas itu, sedang Siah duduk2 menelek2 dan mengusap2 rantai dan gelang emasnya sambil menjaga kambing dan lembunya di belukar jauh di hujung kampung, Siah dua tiga kali mengosok2 matanya.."betul ke nih" desisnya seorang. Pada hemat Siah walaupun sekolah setakat darjah satu, emas tak mungkin luntur warnanya, tapi kenapa emas siah ada sikit warna kehitam-hitaman??.."sah!!. ibu tipu aku.." desisnya.


Sedih memang sedih tapi nak kata apa..kalaulah Siah tau tak mungkin termakan dek pujuk ibunya.

Beberapa bulan selepas itu kambing siah cukup besar utk dijual. Sudah ada yang menempahnya..Siah suka bukan kepalang, dapatlah Siah beli emas betul kali ini!..dibelai2 kambingnya. Walaupun sayang tapi utk apa disimpan "lama2 tua tak ada pulak harganya". Petang tu pembeli datang utk mengambil kambing Siah dapat jual dgn harga 200 ringgit. "Wah..banyaknya duit" Siah kegirangan. Kambing Siah bela memang gemuk "boleh buat baka" kata pak cik yg beli tu..lagi2 kambing betina. Tapi Siah dapat tengok saja duit bertukar tangan dari pembeli ke tangan ayah tirinya. "tak pe nanti tentu ibu bagi duit tu kat aku" itu kata hati Siah.

Selang sehari Siah menunggu tapi ibu terus senyap apa lagi Pak Salleh bapa tirinya. Petang tu Siah nekad utk bertanya duit kambing jualan kelmarin. "Apa??!!..duit jual kambing!!??..nak buat apa??" tanya ibunya balik. "ibu katakan kambing tu Siah punya..kalau dah jual tentulah Siah yg dapat duitnya.." kata Siah menjawab. "tak da, tak da..!!bapak awak dah ambik buat modal berniaga..!!". Berdesing telinga Siah, bagai nak luruh jantung..berminggu2 Siah tak lalu makan, ..emas??!!.hilang impian Siah utk membeli emas..sampai bila pun takkan merasa emas tulin..Siah kecewa lagi.."sampai hatinya ibu..!!" Siah tersedu sendirian. Sampai bila2 Siah takkan lupa apa yg ibu dan Pak Salleh buat..dah lah ditipu barang kemas palsu, kambing yang dibela pun nak dirampas hasilnya..Pak Salleh memang tak patut..ibu??..Siah tersedu lagi..


Begitulah rutin kehidupan Siah sehingga pada suatu hari seorang pemuda kacak, tampan dan dari keluarga berada datang utk meminang Siah. Pada ketika itu usia Siah 17 tahun, walaupun begitu Siah berkeras tidak mahu berkahwin, apa lagi ibu pun memarahi Siah sebagaimana selalu.."anak tak sedar diri, bodoh!..orang datang nak kan dia jual mahal pulak..!! dah terima saja, jangan nak banyak cakap ikut saja cakap orang tua". Siah sebenarnya takut, almaklum orang zaman dahulu bukan macam zaman sekarang belum cukup umur dah menggeletik nak berjantan.

Pak cik Han ketika itu berumur 21 tahun, anak tunggal dari keluarga yang boleh dikatakan berada. Pak cik kepada Pak cik Han juga salah seorang yang terkaya di kampung Setia Baru siapa yang tak kenal Tuan Safar tanah berekar2, dengar kata juga duitnya juga berkepuk2 hanya disimpan didalam kendi bekas air ditandas rumahnya dan bawah tilam. Mak cik Siah walau bagaimanapun tidak sedikit pun punyai rasa bangga malahan dari hari ke se hari dia berasa serba tak kena, bila bakal suami datang utk bertanya khabar mak cik Siah lari menyembunyikan diri, takut pada bakal suami malu dan segan yang teramat sangat. Begitulah anak dara pingitan zaman dahulu, tidak seperti anak2 dara zaman sekarang.

Tidak lama bertunang, mak Siah dan Pak han diijabkabulkan dan kenduri sebelah suami mak Siah dibuat secara besar2an, Mak dan Ayah Pak Han menjemput semua saudara mara dan kaum keluarga baik yang jauh mahu pun yang dekat, orang kampung semua datang bertandang menyaksikan majlis perkahwinan satu2nya anak tunggal Tuan Berahim dan isterinya Puan Shidah. Majlis pun berjalan dengan lancar dan selamat, syukur Alhamdulillah.



Pada pandangan Mak Siah kalau sudah berkahwin dengan anak orang berada tentulah hidupnya mewah dan senang, rupa2nya sebaliknya, banyak sungguh rintangan dan dugaan. Pak Han pada zaman bujangnya seorang yang digilai ramai anak2 dara kampung dan juga kampung2 sekitarnya, walaupun beliau sedikit pemalu tetapi peramah dan senang bergaul dan berkawan. Rupa2nya dalam diam ramai yang irihati dengan perkahwinan dan kebahagiaan yang dimiliki oleh pasangan muda Han dan Siah.

Salah seorang gadis juga sekampung dgn Pak Han menyimpan perasaan dgn Pak Han dalam diam2 gadis itu mula mereka2 dan mengada2kan cerita tentang keburukan mak Siah, lama kelamaan mak mertua Mak siah, Puan syidah termakan jua begitu juga Pak Han. Pada suatu petang Mak Siah dimarahi oleh suaminya atas perkara yg tidak dilakukannya, dia juga disindir dan diperli oleh mak mertua, hati mak siah sedih bukan kepalang tetapi apa yang boleh beliau buat?..hanya menangis dan menahan perasaan. Kalau diikutkan hati mahu rasanya dia lari jauh, jauh dari semua yang ada. Siapa yang tidak kecewa kononnya mak siah dituduh cuba mahu main kayu tiga dgn salah seorang kawan Pak Han?..pada mak siah sedangkan nak berkahwin dulu pun takut inikan pula mahu memikat jantan lain, sakit hati, marah, kecewa bercampur baur. Mak siah teringat arwah ayah..hanya menyeru nama ayah sahaja yang mampu mak siah buat..ayah, ayah..kenapalah hidup siah tak pernah senang?...

Setelah setahun berumah tangga mak siahdan pak Han dikurniakan seorang anak lelaki diberi nama Rahman, itulah penyambung kasih dan cinta juga penghibur dikala duka. Walaupun Pak Han anak orang berada tetapi hasil kebun tidak mencukupi pada ketika itu, mereka punya tanah tetapi hasil tidak lah seberapa. Mak siah terpaksa juga menolong Pak Han memotong getah dan menggiling getah utk dijadikan getah keping. Kiranya pada ketika itu hanya Pak Berahim seorang yg mempunyai mesin getah giling pada ketika itu, tetapi hasilnya masih tidak seberapa tetapi orang kampung masih menganggap Pak Berahim orang berada pada ketika itu.


Satu hari Pak Han meminta izin dari ayahnya Pak Berahim utk keluar dari kampung demi mencari nafkah menambah pendapatan keluarga, Pak Berahim tidak mengizinkan, dgn alasan malu dengan orang kampung. Mana ada anak org berada keluar kampung bersusah payah mencari sesuap nasi, Pak Berahim tidak membenarkan itu berlaku pada anaknya tidak sama sekali. Kalau Han sanggup keluar dari kampung Pak Berahim tidak akan memberikan sesen pun harta pada Pak Han. Pak Han & Mak Siah memendam rasa dan perasaan.


Masa berlalu dan Pak Han serta Mak Siah terpaksa bertahan dgn berkerja kampung sahaja. Pada suatu hari Pak Berahim dan Puan Syidah naik haji ke Mekah, tetapi menurut cerita Puan Syidah belum lagi bersedia utk mengikut suami membuat ibadah haji, beliau benar2 takut utk ke sana, oleh kerana dipaksa suami yang keras hati dan garang, Puan Syidah terpaksa akur tetapi beliau mengalami sedikit gangguan mental menyebabkan cuba untuk terjun dari kapal haji. Menurut cerita Puan Syidah melihat anak angkatnya didalam laut jadi beliau cuba utk terjun dan menyelamatkan anak angkatnya itu. Selepas pulang dari haji Puan Syidah menjadi orang yang murung dan tidak berapa siuman. Ada ketikanya Puan Syidah mengamuk dan menjerit2. Sudah puas berubat cara moden dan tradisional tetapi tidak mendatangkan sebarang hasil. Akhirnya Pak Berahim menyuruh anaknya membuat sebuah rumah jauh sedikit dari pak Berahim kira2 sepelaung dari rumah Pak Berahim. Itupun atas nasihat org2 yang dengki dan irihati, kononnya Puan Syidah gila sebab duduk serumah dgn Mak siah.


Selang beberapa tahun selepas mendapat anak yg ke 2 (Ema) ayah pak Han, Pak Berahim pulang ke rahmatullah dalam usia menginjak 62 tahun oleh kerana sakit jantung. Selepas ketiadaan Pak Berahim, Pak Han tanpa membuang masa mencari kerja di luar demi memenuhi kehendak bilangan ahli keluarga yg semakin bertambah, daripada seorang pekerja estet beliau menjadi pekerja buruh binaan di bandar SA dan seterusnya memohon kerja sebagai pekerja kilang di bangunan yang beliau bina. Ada ketika Pak Han tidak pulang ke rumah berminggu2 kerana tiada pengangkutan, beliau hanya menumpang jika ingin pulang ke kampung. Pada ketika itu perkhidmatan bas ke kampung memang tiada. Berkat menabung dan berjimat Pak Han akhirnya mampu membeli sebuah motorsikal 2nd hand, dengan motorsikal tersebut bolehlah Pak Han berulang alik dari kampung ke tempat kerja tanpa bertunggu-tangga di kilang tempat pak Han bekerja. Walaupun amat perit jika berlaku kerosakan pada motorsikalnya ataupun hujan lebat. Pak Han melaluinya dengan sabar dan tawakkal demi tuntutan dan kelangsungan hidup keluarga tercinta. Selang beberapa tahun berkat kesungguhan dan tekun serta rajin beliau dinaikkan pangkat dari seorang operator pengeluaran kepada Line Leader seterusnya kepada Penyelia kilang, begitulah seterusnya sehingga hampir 20 tahun berkhidmat dan menamatkan perkhidmatan beliau pada usia 54 tahun oleh kerana faktor kesihatan. Walaupun hidup sederhana tetapi berkat berjimat dan doa isteri tercinta Pak Han mampu membina sebuah rumah kedai, rumah batu yang sempurna dan menyempurnakan haji juga menaikkan haji arwah bapa mertua dari wang hasil kerja di kilang tersebut.


Berbalik pada cerita Puan Syidah, walaupun pada ketika itu sudah tinggal berasingan, Puan Syidah selalu juga datang dan 'mengacau' mak Siah di rumah semasa ketiadaan pak Han. Puan Syidah suka datang dan menjolok2kan parang dicelah2 papan lantai rumah mak siah, manusia manalah yang tak takut kalau selalu sangat diancam dan dikacau serta diacu-acu parang atau pisau. Demi meringankan beban suami tercinta Mak siah menoreh getah di kebun getah kepunyaan suami tidak jauh dari rumah. Pada suatu hari sedang Mak siah menoreh getah, Puan Syidah datang ke kebun tersebut dan mencari Mak siah, nak diparang katanya. Ketika Mak siah tunduk tekun menoreh getah, Puah Syidah datang dari belakang dgn membawa parang dan cuba menetak Mak siah, Mak siah perasan dan sempat mengelak kalau tidak mungkin mak siah sudah menjadi arwah. Sejak itu Mak Siah takut utk keluar rumah dan selalu dalam ketakutan.
Begitulah ianya berlalu selama bertahun2 dan oleh kerana perasaan yang selalu takut dan diancam Mak siah mendapat sakit lemah jantung, begitulah kata 'singseh' iaitu doktor Cina yg merawat mak siah. Begitulah keadaan mak siah sehingga ke saat ini tidak boleh berasa susah, terperanjat atau sedikit takut, beliau akan merasa lemah seluruh badan selama berminggu2.

Walaupun Puan Syidah dalam keadaan tidak siuman, Pak Han dan Mak Siah tidak pernah melepaskan tanggungjawab sbg anak & menantu, selalu memberi bantuan makanan dan menyekolahkan adik angkat (anak angkat Puan Syidah) sehingga ke darjah 6 dan memberi pendidikan agama yang secukupnya sehinggalah adik angkat Pak Han dapat berdikari dan seterusnya mengahwinkan adik angkatnya dgn jejaka pilihan hatinya.


Poon! poon! "kur semangat! anak perempuan yang ditunggu2 rupanya yg membunyikan hon.."bertuah punya anak" getus mak siah..."dah sampai pun asal lewat sgt?"...lemah semangat emak.." Rina hanya menyeringai, Ema tersenyum sambil berkata" Ina tu memang kepala tengah senget agaknya tekan2 hon pulak". Rina datang dgn kakaknya, Ema sambil menjinjing plastik KFC utk ayah dan emak katanya..ada juga membawa vitamin utk ayah dan tonik emak, "makanan bulanan" mak dan ayah katanya. Mak siah bersyukur anak2 tidak pernah melupakan dirinya dan suami terutamanya 2 orang anak perempuan..tempat 'bermanja' Alhamdulillah dan doa selalu dipanjatkan buat anak2nya agar selalu dirahmati Allah dan dimurahkan rezeki olehNYA..mak siah tersenyum dan berlalu masuk ke dalam rumah dgn diiringi oleh dua orang anak perempuan kesayangannya, akhirnya Mendung itu berlalu jua.....


Kisah diatas didedikasikan buat ibu & ayah tercinta


Tuan Haji Borhan & Puan Hjh Kamsiah semoga kasih Allah senantiasa bersama kalian insan teristimewa. Dari Anak2 mu: Zaman, Imah, Hana, Ani, Jef, Nazri & Reza

Sunday, September 7, 2008

Akulah tuuuuuu..............










Aku di lahirkan dari 7 orang adik beradik dan aku adalah anak yang ke 3, aku punya seorang abang, ka
kak dan 4 orang adik beradik lelaki. Aku dilahirkan di sebuah kampung yang tidak jauh dari pekan Kecil disebuah Negeri di Selangor. Menurut ibuku, semasa kecil aku memang

nakal...nakal, mengalahkan jantan katanya..mmmm..ye lah tuu...


Semasa kecil kira2, umurku 3 tahun lebih, aku masih lagi menyusu botol walaupun pada ketika itu aku sudah mempunyai seorang adik..ibu tidak berkenan langsung!..yelah puting selalu digigit sampai naik rompong dan puting pula cepat rosak dok digigit manjang! dah lah tuu..tangan mesti naik ke ketiak bila botol sampai ke mulut..apa pesen tuu...lepas tu dok gentel2 ketiak..ish..ish..ish..macam2..ibu dah letak macam2 pada puting botol tu..letak warna merah lah, letak lipas..semuanya tak jalan!..ibu kata ini tak boleh jadi..!..satu hari ibu sorokkan botol susu aku dibawah bantal adikku yang baru lahir itu..apalagi meraung-raunglah aku nak botol tu..bagi aku minum dalam botol tu.adalah kenikmatan yang tiada tolok bandingnya..aku ingat sehingga kini..aku rasa ketika itu kalau ada KFC ke, PIZZA Hut ke, mmm..memang tak masuk list!!..balik pd crite tdi , konon aku tak nampak lah..tapi sebenarnya aku nampakkkk!..aku ingat nak ambiklah juga tapi takut pulak ibu marah. Bila ibu marah rasa2 gunung berapi Karakatoa pun kalah!!.sebab aku masih ingat ibu pernah heret aku keluar dari bilik tidur dan kunci pintu bilik tidur dari dalam sbb..aku masih nakkan sesuatu walaupun dah masuk waktu tidur..punyalah takut masa tuu..sakit ati pun ada..apalagi melalaklah aku pada malam tuu..tpi tak lama..ibu suruh aku masuk balik bilik..fuhh!! lega....berbalik pada kisah botol susu tuu...last-last ibu paksa juga aku minum dalam cawan..aduhai!.Aku demam 2 hari rindukan botol!! ibu dah naik risau..tapi ibu teruskan juga misinya..aduh!!..kekok betul rasanya, memang tak ada uummpp!!..apalah minum terus masuk dalam tekak, orang nak sedut sikit2..pas tu layan2 sikit perasaan, pejam2 mata kan best tu???!!...ibu langsung tak paham!!..akhirnya aku kalah juga dengan ibu... ibu memang hebat!..


Aku juga ada seorang pengasuh merangkap makcik ku. Aku kira umur dia masa tu dalam 17 tahun kot..panggilan manja aku bagi 'Cik Wok Besar' alaa saiz dia tu besar skit dari adik dia..adik dia pula aku panggil 'Cik Wok Kecik' pelikkan??..Tapi dgan Wok Besar ni aku memang minat sangat! tak boleh berenggang (time tu aku dah pandai minum dalam cawan...)! kalahlah Brad Pit dgn Angelina Jolie tuu...sampaikan dia masuk jamban pun aku ikut! tak ke pelik??..aku pun tak tau pasal apa aku minat abiss kat dia..pantang nampak kelibat dia aku mesti menjerit nak ikut...macam2 aku nih..pernah satu hari aku melompat2, menjerit2 nak ikut cik wok besar naik beskal..mak cik tak bagi sebab aku tak pandai lagi duduk dkt tmpat penumpang takut jatuh..last last dia letakkan aku kat handle basikal, terpaksa lah menghadap makcik...fullmak best giler!!..adventure rasanya..yelah orang duduk view ke depan, aku duduk view mengundur kebelakang..tak ke lain rasanya..masa tu pulak turun bukit!! best betul..rasa macam ahli akrobatik dari negara cinalah pulak...


Satu hari makcik nak pergi dating jumpa boyfriend dia (suami dia sekarang, meninggal dunia beberapa tahun lepas) aku puuun nak ikuutt..kacau daun betul aku nih..nak tak nak aku pun diajaknya...tapi bab yang paling sedih aku berpisah dengannya bila dia nak kahwin...masa tuu mungkin aku berumur 5 atau 6 tahun..aku rasa sedih sebab tak ada lagi Wok Besar si tukang pujuk, tukang suap, mandi, drebar dan melayan aku..aku rasa sendiri dalam dunia nih..ye lah mak aku sibuk cari duit dan layan adik2 yang masih kecil. Aku????...sedih tau....tapi aku tak pernah lupa dia sehingga kini..kalau ada masa aku akan belikan dia barang2 dapur dan menjengoknya...kini umurnya dalam 55 tahun..


Satu lagi perangai aku yang ibu tak tahan kalau dah suka baju tu, baju tuuu lah jugak dipakainya..ada satu ketika ibu belikan aku baju Apollo namanya..warnanya merah pulasan pendek atas lutut dan sleeveless..fuh seksi tuu...aku memang berkenan baju nih..hari2 pakai pun tak apa..tak mandi pun no hal lah!!..oleh kerana ibu kata baju aku kotor sbb baru pakai semalam, pagi tu ibu basuhlah..tapi aku sanggup berpanas bawah pokok jambu tunggu sampai baju Apollo ku kering...ibu tak boleh buat apa daaaah..nak di pakaikan baju lain pun tak nak..abis tuu..melengginglah aku bawah pokok jambu dalam cuaca terik panas tu....ibu hanya geleng kepala..tak larat nak layan..


Ayah!!..selain ibu..ayahlah orang yang paling aku sayangi..apa taknya bila nak tidur ayah tepuk2 punggung..sampai aku tertidur..lepas tu..siap angkat lagi masuk bilik..masa tu umur aku dalam 5 atau 6 tahun..ayah memang best!!..kadang tu belum tidur lagi tapi pura2 tidur..ayah angkat..lepas tu letak kat tilam..aku seronok bila ayah angkat..rasa berayun ayun lah pulak!..sampai umur 8 hingga 9 tahun pun ayah masih lagi tepuk2 punggung aku bila nak tidur..
Satu lagi perangai aku memang suka nak ikut ayah...sebelum pergi kerja ayah mesti bawak kami 3 beradik jalan2 naik vespa dia...tak kira lah 2 minit pun jadiilah..asal naik vespa ayah tuu..Oleh kerana perangai buruk yang selalu nak ikut tuu..terjadilah satu peristiwa..


Pada satu hari ayah nak pergi ke rumah En. Abu nak beli ubi kayu untuk dibuat tapai dan kerepek, ibu memang pandai bab2 buat kerepek dan tapai nih...ayah kata dia pergi naik basikal," hana tak boleh ikut..abis nak letak hana kat mana?? belakang ada satu je tmpat utk letak guni ubi kayu". Aku jawab " duduk kat handle basikal lah!"..(memang spesis pandai menjawab!) ayah kata "tak boleeeh.." aku jawab "Cik Wok Besar boleh!.." ibu dah tak larat pujuk aku... Ayah kata ini tak boleh jadi!!hari pun dah makin petang..oleh kerana rumahku diatas bukit jadi ayah ambik keputusan dia nak terus naik basikal dan terus meluncur kebawah bukit., abiss cerita.. Bila sahaja aku nampak ayah dengan pantas dan laju meninggalkan aku..apa lagi aku menangis2 dan menjerit2 nak ikut..dengan kudrat aku yang ada pada ketika itu..aku pun pantas mengejar ayahku..rasa2nya Rabuan Pit (pelari kebangsaan tahun 70an klu tak silap)..pun tak boleh compete..ibu menjerit2 memanggil namaku tapi aku.tak cukup tanah meneruskan larian mengejar objek kesayanganku itu, iaitu ayahku..tapi entah macamana kakiku tersadung batu (masa tu kat kampung jalan merah je..) alamak!!..aku jatuh tersembam ke jalan merah yang penuh dengan batu kerikil (bayangkan!!..) dahi ku sebelah kiri 'bocor', lututku luka, darah?? jangan tanyalah..aku?? menangis tak??..eeh hero mana nangis!!!..tapi jangan tanyalah..ibuku kata aku nangis tak cukup mulut...tau apa aku cakap masa nangis "huhuhu..kesian anak mak nih..huhuhu..kesian anak mak nih.." itulah yang keluar dari mulut aku...ibu dan ayah panik..tapi zaman tu..ibu dan ayah tak bawak aku ke klinik untuk dijahit luka di dahi, ibu hanya bagi ubat kuning itupun jiran sebelah rumah ku yang bagi...sampai sekarang parutnya berbekas di dahi kiri ku..adalah kenangan..tuu..cop budak nakal!!..padan muka aku....


Bila dah besar sikit perangai pun dah lain...masa tu umur dalam 9 ke 12 tahun..aku memang Ratu guli, getah gelang dan layang2..pantang diajak..hah! kau..licin guli kawan aku kerjakan..sekali baling semua guli terkeluar dari bulatan..bawak guli utk modal 4 biji jer..itu pun dah sompek sana sini..tpi bila balik umah..hah kau..semua poket baju aku penuhkan dgn guli tu belum tadah kat skirt aku tuu..sampai tak cukup tangan!!.tak ke hebat tuu..masa tu kawan2 kampung ku Fuah, Rahimah, Didi, Rosli (yos panggilan manja tuu), Ipit,Jef, Naim, Ali, Joe, & Yayak. tpi fuah, rahimah dan didi merekalah yang paling rapat dgn aku. Yos dan Jef pulak kira boipren akulah..hik hik hik (kecik2 dah gatal..)comel dorang masa kecik tuu..dah lama aku tak jumpa dorang nih..Didi memang paling tak suka kalau aku join main..yelah..asyik aku jer menang..sampai dia bagi syarat! "klu nak main kau kena bawak tin guli kau yang banyak tuu"..sbb nak join sgt aku pun bawaklah..saje nak bagi dia diam..tapi klu dah hero tu..herolah jugak..balik rumah makin bertambah 2 tin aku bawak..sampai jual lagi kat kawan2..heh heh heh..padan muka si Didi tu..

Kat kampung biasa gak kami main galah panjang (kat kpg kami panggil 'jeylon' pelik ek..),cari2 brg tersembunyi (ala2 treasure hunter gitu..) dan mcm2 lagi..smua kengkawan kena tong2 bagi duit utk beli hadiah (junk food) tpi, sedih aku tak dpt join..mana ada duit??..5sen pun tak de..tpi kengkawan aku baik2 belaka (especially yg lelaki tu la..ha ha ha)dorang kata tak pe, Ana boleh join..apa lagi aku pun ..suka gilerr..tpi tah mcmana time tu aku menang bnyk hadiah..apalagi kengkawan pulaukan aku..sebahagiannya termasuk lah fuah dan rahimah...he he he...suker la..tpi sah lah lepas nih dorang tak kasi aku masuk free punyer..padanlah muke aku..rindu zaman kecik2 rasa penuh dgn fantasi la pulak!..lebih hebat dari akademi fantasia tuu...


Dengan kawan2ku tanyalah lembah mana kami tak jejaki bukit mana kami tak daki..Bukit Gondol abiss kami explore..siap makan limau atas bukit lagi..fuh!!..mcm kat Kinabalu mountain pulak!!..belukar mana kami tak terokai..tapi ibu tak pernah tau..aku pergi diam2 sahaja..nak kena pelangkung??..tapi klu sekadar di sekitar kampung ibu tak kisah sangat..lagi satu kegemaran aku suka main layang2..tak kiralah nampak tanah je..terus ke bukit dekat rumah si Jef tuu..tak makan pun tak apa..kat situlah aku duduk sampai ke petang kengkawan..kekadang tu smpai kakak ku datang takpun melaung2 memanggil namaku utk pulang makan tengahari..kiranya aku ni famouslah kat kampung masa tuu..ialah asyik namaku je kena laung..!!.he he he...pasal layang2 nih..aku boleh buat dalam masa kurang 10 minit! kalau ada kes layang2 putus tali akulah tukang buatnye dan fuah/rahimah sbg assistant..ok tak??.. bila time cuti sekolah..memang susah nak nampak kelibat aku di rumah..senyap sunyi lah rumah ku..Amaaan...kata adik2ku...begitulah aktivitiku sehingga umur ku 15 tahun...terukkan??..budak sekarang 15 tahun dah bersidai kat kompleks daaah...


Zaman persekolahanku..mula masuk sekolah darjah satu, punyalah excited! dapat baju sekolah baru!!! aku gantung baju tu elok2..aku dok perhatikan..dalam hati berkata"bilalah aku nak pakai lagi nih!..kenapalah masa sekolah cepat sangat ek??"...aku memang cukup suka ke sekolah budak lain darjah satu nangis2 kena tinggal aku???...rileks jer..hero?? mana nak nangis!..masa tu aku diletakkan di kelas D..kiranya kelas akhirlah tuu...aku dpt ramai kawan tak kira lelaki atau pun perempuan semua kawan2 aku..lagi satu aku nih peramah, walaupun nakal. Masuk tahun 2 aku ditukarkan ke kelas A..fuh!..ok tak?? dari D masuk ke A...mmm hero! biasalah..di zaman persekolahan aku mmg rajin belajar tpi kekadang tu cuai skit..satu hari aku kena marah dengan seorang guru English sbb tak praktis baca buku kat umah..banyaklah alasan aku bagi, jaga adiklah, tolong maklah...hakikatnya aku lupa!!..ya aku mmg lupa..sbb sibuk jaga guli, gelang getah ngan layang2 aku...last last cikgu marah aku..namanya cikgu Mahyon..garang! macam rimau...kali ni hero kalah..nangisss..kawan disebelahku NorNaskhi namanya..pujuk akuuu...baik betul mamat nih...aku ingat dia sampai bila2.


Masuk tahun 3 aku masuk kelas B,ni mesti kes cuai.. eeehh..padan muka!!..tapi masa di sekolah aku nih kira famous lah jugak..kalau ada jawatan ketua kelas atau penolong kelas..akulah orangnya yg selalu dapat banyak sokongan..mmm..tak taulah kenapa..aku bukan suka sgt puuun.(kiranya bakat pemimpin aku mmg dh dikesan sejak kecik..prasan!!).tpi bila dah dpat jawatan tuu..akulah orangnya yang paling strict dan ganasss..pantang cakapt skit aku tulis nama..pantang borak skit..aku repot kat cikgu..heh heh heh..macamlah diri ini bagusss sgt...tpi dah tanggungjawab buat jer lah kan???.... masuk tahun 6 cikgu pula lantik aku jadi pengawas..yg ni pun aku tak mintak..tapi bila dapat tali leher punya lah bangga!!...yelah dlm family aku..aku sorang je yg jadi pengawas!!.lepas tu sibuk mintak ibu buatkan skirt..pengawas dulu pakai skirt warna biru, baju putih tuck in, pakai tali leher!..cuuun tuu..ibu kata "mana nak carik skirt malam2 buta nih.." aku kata "ala buu..nanti esok cikgu marah tak pakai pakaian seragam." ibu pun potonglah gaun sekolah biru aku tu..alamak pendeknya!..pendek giler nih..aaaah tak pelah janji pakai!!..sampai kat sekolah kawan2 aku Aisyah, Saemah dan Noraizanah kata "eeh Hana pendeknya skit engkau nih." aku jawab dgn selamba "sementare jerr"..balik rumah aku sibuk mintak ibu buatkan skirt panjang sikit..ibu pening lagi..ibu pun sibuklah dok bongkar kain2 lama yang warna biru..last2 dapatlah jugak. punyalah happy aku ketika itu..ibu pun apa lagi potonglah kain lama ibu tuu..panjanglah sikit dari yang mula tuu..dan skirt tulah yang aku pakai hingga habis sekolah rendah akuu..

Tapi dalam nakal2 aku, banyak jugalah yg aku usahakan sendiri..sementelah ramai adik beradik yang lain dan tak nak menyusahkan ibu dan ayah..aku sanggup jahit kasut sekolah aku yang koyak, beg pun guna beg kakak jer..tak lah mintak yg baru..baju pun mcm tu lah jugak..kapur kasut pun buat sendiri..kreatif tak??..tapi bila mana yang aku tak berkenan..janganlah bagi tak pakai punyaaa..sanggup gi sekolah pakai selipar...tu yang ibu pening tuu...payah betul budak sekor nih....!! dalam nakal2 aku, aku tau ibu dan ayah bukan orang senang sangat kami sederhana sahaja..walaupun umur 9 tahun, dalam kelas aku tersedu sendirian bila tengok ibu balik jalan kaki selepas jual susu getah dalam keadaan panas terik..tak tau lah kenapa hero begitu sensitif..aku berjanji aku akan tolong ibu dengan bekerja dan bagi ibu duit tiap2 bulan biar ibu tak susah lagi...dan peristiwa itu masih segar dalam ingatanku..oleh kerana itu the moment aku dapat kerja aku tak pernah mintak ibu duiit walaupun sesen sehinggalah kini..bagiku aku anak patut beri bukan meminta..aku akan tetap pertahankan itu..berbalik pada cerita aku.kenakalan aku sehingglah ke umur belasan tahun..

(Posing je....lepas penat kait buah rambutan..(latest photo hah...500 cc , berat tuu!..bukan minah rempit ..ek..!)

Aku suka naik motor sampai melepuh lepuh kaki kena exhaust.tu belum lutut lagi tuu..kiranya bolehlah buat peta dunia kott...(sorry bukan minah rempit ek!)..dan sehinggalah sekarang nih aku tetap meminati motor dari kereta walaupun aku mempunyai kereta mewah ketika ini (maaf bukan menunjuk!) dan kereta itulah yang aku "rempit"kan kalau rasa aku dicabar..terukkan??? (hai bilalah nak berubah tuu)..aku rasa sampai disini kot cerita aku tuu...saja untuk hiburan anak cucu aku satu hari nanti..betapa baiiknya auntie, mama dan nenek dia nih...sayang masa berlalu terlalu pantasss..kalah shinkanzen kat Jepun..missed all those days..

Tribute:

Buat rakan2 sepermainanku Fuah , Rahimah, Didi, Rosli, Jef dan Naim..mereka semua ini telah berjaya dalam kerjaya masing2 Fuah- akauntan,Rahimah- pursuing study in childhood care (sekarang bermastautin di New Zealand) DD -bnk officer, Rosli-mgr/businessman berjaya, Jef-(tak pasti) dan Naim-civil engineer..mmm..hebat2 mereka nih...moga kalian berbahagia dan berjaya dunia akhirat.



(aku duduk no.4 dari kanan, time ni std 4" aisyah no.2 dri kanan, saemah no 3 dri kanan, Noraizanah di sbelah kiri ku dan jihan disbelah kanan sekali, oshin68@rosni no. 2 dari kiri) dan pic yg ini pon atas discretion rosni..tq ros.



Buat rakan2 sekolahku Aisyah, saemah, Noraizanah, A'an, Jihan,Ariff, Fadillah, Rosni@oshin68 dan yg masih mengenali dan mengingati aku Memori indah kita ketika kanak2 dan bersama meningkat dewasa menongkah arus..tak kan ku lupakan..all of you..!!..you're the best!!






salam...


Nasib Seorang Ibu...



Cerita sebegini mungkin biasa kita dengar..ibu diherdik anak, ibu didera anak..tetapi penderaan mental biasanya sesuatu yang lebih mendalam dan berkesan di hati berbanding penderaan fizikal..terutamanya dari darah daging sendiri...di sini bermula..Petang itu Cik Minah binggung dan bersusah hati..yelah anak2 walaupun dah besar panjang dan punyai kehidupan sendiri yang boleh dikatakan mewah juga tetapi Cik Minah tidak mahu menyusahkan mereka dengan perkara2 remeh..dah 2 bulan bil air api tak berbayar..bukan Cik Minah tidak ada pendapatan.


Cik Minah ada 5 pintu rumah sewa..salah satu pintu diduduki oleh anaknya..lagi 2 pintu dah ada penyewa lagi 2 pintu pula masih tak berpenghuni..Cik Minah berkira2 kalaulah semua berpenghuni tentu taklah dia susah ini nak uruskan bayar itu dan ini...Anak yang duduk pula Si Mail langsung tak bagi apa2..apalah nasib..Cik minah mengeluh..kalau barang RM50 sebulan pun jadilah..tpi sesen pun tak bagi..tak pernah bagi..nak kata tak berduit ada kereta Perdana..pakaian berjenama..anak2 dibawa makan diluar 2,3 kali sebulan..hai anak, anak..mengeluh lagi...Cik Minah baru teringat..Si Mail anaknya ada berhutang dengan Cik Minah!..dah lama berhutang adalah dekat RM1000..kalau dapat RM200 atau RM300 pun jadilah...tak dapat hari ini esok, lusa pun boleh janji bayar...yelah kalau tak ada beras main ambik, tak ada gula, garam, roti,..semuanya main hutang dengan ibunya, Cik Minah..yelah dengan anak takkan berkira kot...anak tengah tak berduit..apalah salah ditolong..Cik Minah adalah berjual kecil2an barang sekampit 2 beras dan lain2 brg keperluan asas..tapi kalau hari2 nak berhutang macammana lah nak untung??....


Petang itu dalam pukul 6.00 ptg Cik Minah berkira2 nak minta duit sikit dari anaknya Si Mail..yelah nak harapkan siapa lagi??...takkan lah asyik2 minta tolong dgn si Zizah dan Milah..tak sampai hati pula..petang itu dalam pukul 6.30ptg..Cik Minah tekadkan hati datang bertandang ke rumah Si Mail anak lelakinya..berat juga hati untuk meminta tapi...Cik Minah tengah sesak...sementelah hutang tu dah lama tak berbayar..dah masuk 2 tahun daaah..dengan rasa berat hati Cik Minah pun menyampaikan maksudnya kepada Si Mail.."Mail mak nak cakap sikit lah, mak tengah sesak nih..nak bayar itu, ini, tpi duit mak bnyak kat orang tak bagi2 lagi... Mak ingat nak mintaklah duit skit nak bayar bil api air..".  tak taulah angin mana merasuk si Mail "mak nih duit !duit !duit! mana saya ada duit???...."sambil menjengilkan mata kepada ibunya. Terkedu Cik minah.."tak pelah Mail, mak bukan nak susahkan  kau..cuma mak nak tanya jer...klu ada seratus dua."  Dengan hati luluh dan hampa Cik Minah berjalan pulang ke rumah masa tu dah hampir maghrib..dalam remang-remang Maghrib itu, merintih hati ibu..inikah anak yg ditatang dan disayang ???...kalau ye pun jgan lah menengking ...tak pernah Cik Minah minta duit dari Mail, inilah kali pertama dia meminta dan mungkin yang terakhir..itupun dia minta hutang duit belanja kedai..Cik Minah tersedu..mengalir air mata.."hai anak inikah balasan kau pada aku..."


Baru2 nih Cik Minah bagi tau Si Maill nak meminjam duit RM1000 sbb Cik Minah baru je dapat duit jual tanah...dengan rasa geram saya berkata"Cik Minah yg dulu pun tak berbayar yang nih pulak???..." geleng kepala saya dibuatnya..tak tau lah apa keputusan Cik Minah...begitulah kata orang 'KASIH IBU BAWA KE SYURGA'..mungkin kisah ni tidaklah sesedih mana bagi sesetengah pihak..tpi..jika direnung2kan..kita sebagai anak bnyak manalah pengorbanan berbanding ibu...sedangkan dgn haiwan pun perlu ada ihsan..inikan pula ibu....dugaan bagi si ibu jika punya anak bersikap sedemikian..ye lah dunia dah tua..ibu dijadikan hamba dan orang gaji.. dimanakah martabat seorang IBU???...di kaki anakkah?, dilututkah? atau dijunjung di atas kepala anak???..jawapan ada pada anda semua..salam buat smua..smpai disini dulu..kisah diatas adalah kisah benar..ia berlaku pada orang2 yang terdekat dengan saya..dan saya akan posting cerita2 yang berkisar kemanusiaan disekitar saya...seterusnya..

Friday, September 5, 2008

Salam Kasih....










Kenangan...adalah sebahagian kehidupan..setiap yang bernyawa pasti mempunyai kenangan tidak kira manis mahupun pahit...coretan ku disini hanyalah sekadar hiburan buat tatapan sendiri, juga sebagai penghibur dikala sunyi dan masa senggang.

Maaf, mungkin tatabahasa dan ayat digunakan tidak semolek para sasterawan, hanya sekadar bahasa biasa2 sahaja..

Buat mereka yang telah hadir mewarnai kehidupanku tidak kira suka mahupun dikala duka, kalian sememangnya telah ditakdirkan olehNYA untuk mewarnainya..sebagai sebahagian kehidupan dan kenanganku..maaf dipinta jika aku pernah menyakiti hati dan menyinggung perasaan kalian..kerana aku hanya insan kerdil, cuba untuk menjadi yang terbaik walaupun kadangkala aku alpa..ku doakan kalian selalu dalam kebahagiaan dan mendapat kasih dan rahmatNYA..Salam sayang dan terima kasih atas segalanya....